Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena Lawatan Kerja ini, delegasi Jabatan Pengurusan telah di bawa melawat ke Bahagian Pusat Pengurusan Rekod (BPR), Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan (BSK) dan juga Bahagian Kad Pengenalan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-program-5s-jabatan-pengurusan-bukit-aman-ke-jabatan-pendaftaran-negara-malaysia-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT

Putrajaya - 12 Februari 2010. Jawatankuasa Amalan 5S Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Putrajaya pagi ini.

Delegasi Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah di ketuai oleh YDH SAC II Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman.

"Amanah, Cekap dan Mesra, Amalan Kita", Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mendapat Pensiijilan MS ISO 9001:2000 pada 24 September 2007.  Manakala pada 30 November 2007 pula, JPN mendapat Anugerah Kualiti KSN. JPN juga telah melaksanakan Sistem Star Rating bermula pada awal tahun 2009 dan Pelaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada bulan Julai 2008.

JPN Sarawak adalah JPN perintis kepada Pelaksanaan Amalan 5S yang pertama pada 12 Julai 2006. Persijilan kedua pula pada 3 Mac 2008 dan persijilan ketiga pada 5 Mei 2009. JPN Sarawak  juga telah menerima Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Kebangsaan kategori Sektor Awam pada 30 Oktober 2008.

JPN Kelantan pula telah menjadi JPN Ibu negeri yang pertama mendapat Persijilan 5S iaitu pada 23 Mac 2009 manakala kesemua 12 bahagian di Ibu pejabat termasuk Ibu Pejabat JPN Putrajaya telah mendapat Pensijilan 5S pada 27 Mei 2009.

Kesemua Ibu Pejabat JPN Negeri seluruh negara telah berjaya mendapat persijilan masing-masing dan yang terakhir adalah JPN Alor Setar, Kedah pada 10 September 2009.

Sempena Lawatan Kerja ini, delegasi Jabatan Pengurusan telah di bawa melawat ke Bahagian Pusat Pengurusan Rekod (BPR), Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan (BSK) dan juga Bahagian Kad Pengenalan.

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Ucapan Aluan oleh Encik Mohammad Razin bin Abdullah, Penyelaras JKP 5S, Jabatan Pendaftaran Negara

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Taklimat disampaikan oleh Puan Rene Harlene binti Drahman, JKK Induk 5S (dua dari kanan)

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Delegasi dari  Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Antara Jawatankuasa Amalan 5S Jabatan Pengurusan

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan...
 
Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Landskap yang menarik di Pusat Pengurusan Rekod

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
DSP Lai Lee Ching dari Cawangan Perhubungan Awam bergambar di Sudut 5S Zon Berlian

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Kreatif..bentuk rumah kampong, setiap bahagian mempunyai sudut tersendiri yang mengamit pengunjung yang datang

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Kabinet-kabinet yang disusun dengan kemas bagi memudahkan mengambil setiap barangan.

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Kekemasan ruang pejabat...

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Ruang kerja yang tersusun ...

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Tandas juga dihias dengan cantik..

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
YDH Dato' Mohd Nizar juga tidak ketinggalan melawat ruang makan

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Menandatangani Buku Pelawat di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Bergambar kenangan di Sudut 5S Zon Ingenico

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Cenderahati daripada YDH Dato' Mohd Nizar kepada Encik Mohammad Razin

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Penyampaian cenderahati kepada YDH Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman.

Lawatan Program 5s Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Putrajaya
Istimewa...Salinan Kad pengenalan YDH Dato' Mohd Nizar semasa berusia 12 dan 18 tahun.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM