Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sidang Media Laporan Ops Sikap Xxi 21

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Buat pertama kalinya, penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat di dalam kematian juga menurun sebanyak 31 orang, iaitu 152 orang pada Ops Sikap XIX 2009 dan 121 orang pada Ops Sikap XXI 2010..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-laporan-ops-sikap-xxi-21
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT

Bukit Aman - 22 Februari 2010. Sidang Media Laporan Ops Sikap XXI (21) Perayaan Tahun Baru Cina 2010 yang bermula 07/02/2010 hingga 21/02/2010 telah disampaikan oleh YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan di Bilik Mesyuarat, Cawangan Trafik Bukit Aman pada petang ini.

Sepanjang 15 hari Ops Sikap XXI dijalankan, jumlah kemalangan maut ialah 179 berbanding 198 pada Ops Sikap XIX, menunjukkan penurunan sebanyak 19. Ini menunjukkan penurunan yang agak baik kerana pada tahun 2009, sejumlah 17,733,084 buah kenderaan telah didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalanraya  sementara bagi tahun 2010, sejumlah 19,016, 782 buah kenderaan telah didaftar.

Jumlah kematian juga menunjukkan penurunan di mana pada Ops Sikap XXI, sejumlah 201 orang telah terkprban berbanding 212 pada Ops Sikap XIX. Jumlah kematian menunjukkan penurunan seramai 11 orang iaitu turun 5.2%.

Buat pertama kalinya, penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat di dalam kematian juga menurun sebanyak 31 orang, iaitu 152 orang pada Ops Sikap XIX 2009 dan 121 orang pada Ops Sikap XXI 2010. Walaubagaimanapun, jumlah kematian yang melibatkan pemandu dan penumpang motokar telah meningkat kepada seramai 19 orang, dari 29 orang (Ops Sikap XIX) kepada 48 orang (Ops Sikap XXI).

Dari kajian yang telah dijalankan, punca kemalangan maut ialah cuai ketika keluar/masuk simpang jalan susur, melawan aliran trafik dan juga membuat pusingan 'U", patah balik dan juga menyeberang.

Sementara itu, di Jalan Persekutuan telah membabitkan sebanyak 61 kemalangan maut yang menyebabkan 70 kematian, Lebuhraya melibatkan 26 kemalangan maut dengan 32 kematian.

Negeri Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5 kemalangan maut yang menyebabkan 12 kematian, meningkat 140%,  berbanding 6 kemalangan maut pada Ops Sikap XIX 2009 dan 11 kemalangan maut pada Ops Sikap XXI 2010. Negeri Sembilan juga menunjukkan peningkatan, 8 kemalangan maut pada Ops Sikap XIX 2009 dan 14 kemalangan maut pada Ops Sikap XXI 2010, melibatkan 8 kematian (Ops Sikap XIX) dan 19 kematian (Ops Sikap XXI), peningkatan 137.5%. Negeri Melaka meningkat 200%  jumlah kematian dari 2 orang (Ops Sikap XIX) kepada 6 orang (Ops Sikap XXI), meningkat kepada 4 orang.

Sepanjang Ops Sikap XXI Tahun Baru Cina 2010, sejumlah 60,427 Saman POL 257 telah dikeluarkan, 99,715 Saman POL 170A dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan 160,142 saman. Ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 17,780 saman dari 142,362 saman yang dikelurkan pada Ops Sikap XIX Tahun Baru Cina 2009.

Sidang Media Laporan Ops Sikap Xxi 21
Tengah...YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersama pegawai-pegawai Traik semasa Sidang Media

Sidang Media Laporan Ops Sikap Xxi 21
dari kiri, YDH Superintenden Hamzah bin Ahmad, Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dan YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan menunjukkan carta perbandingan Ops Sikap XXI Tahun Baru Cina 2010 kepada wartawan-wartawan yang hadir membuat liputan.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM