Kuala
Lumpur - 14 Mei 2012. Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai penguat
kuasa utama undang-undang negara, warga Polis Diraja Malaysia menyahut
seruan, menghulurkan tangan menderma darah kepada Tabung Darah Negara
untuk insan yang memerlukannya, melangkaui batasan bangsa, keturunan,
agama atau status sosial seseorang.
Bertempat
di Sungei Wang Plaza tengahari ini, keprihatinan YDH Dato' Sri Khalid
bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama-sama warga Polis
Diraja Malaysia telah mengadakan Majlis Kempen Derma Darah Polis Kuala
Lumpur Sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 Tahun, dalam menyelamatkan
nyawa orang ramai.
Kempen
ini juga turut menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke pusat
membeli belah ini untuk turut sama menyumbang bakti kepada masyarakat
dan membantu orang ramai yang memerlukannya.
"Terima
kasih kepada pihak pengurusan Sungei Wang Plaza dan Pusat Darah Negara
kerana memberi kerjasama dalam menjayakan kempen ini dan penghargaan
serta terima kasih juga kepada penderma-penderma darah yang tampil
menderma darah hari ini", ucap YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Turut
hadir di majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua
Polis Kuala Lumpur, Y.Bhg Dato' Dr. Faraizah bt. Dato' Ab. Karim,
Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara, Y.Bhg Cik Alicia Yuen, Chairman of
Council Sungei Wang Plaza Management Corporation dan YDH SAC
Dato' Razali bin Ab. Razak, Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.
Hadir
sama, YDH ACP Kang Chez Chiang, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Derma Darah Peringkat
Kontinjen Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 Tahun,
Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM, staf Pusat Perubatan Universiti Malaya,
warga Sungei Wang Plaza serta wakil-wakil media.
Setelah
selesai lawatan ke tempat derma darah, YDH Timbalan Ketua Polis Negara
meluangkan masa mengadakan 'walkabout' disekitar Kompleks Sungei Wang
Plaza.

YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur juga turut menderma darah...
Sekitar Majlis Kempen Derma Darah Polis Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Polis Ke 205 Tahun






Ucapan perasmian oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara


Gimik perasmian...

Penyampaian cenderahati kepada Y.Bhg Dato' Dr. Faraizah bt. Dato' Ab. Karim, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara

Y.Bhg
Cik Alicia Yuen, Chairman of Council Sungei Wang Plaza Management
Corporation juga menerima cenderahati daripada YDH Timbalan Ketua Polis
Negara
Lawatan dan 'Walkabout'....








Sidang Media di Restoran U Cafe

Bergambar Kenangan...
Wartawan & Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Setitis Darah Menyelamatkan Nyawa
Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai penguat kuasa utama undang-undang negara, warga Polis Diraja Malaysia menyahut seruan, menghulurkan tangan menderma darah kepada Tabung Darah Negara untuk ins..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/setitis-darah-menyelamatkan-nyawa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.