Artikel
Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Sintetik
14 Mei, Bukit Aman - 'Penyalahgunaan dadah jenis sintetik yang semakin meningkat pada masa ini telah mendorong Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk terus fo...
14 Mei, Bukit Aman - "Penyalahgunaan dadah jenis sintetik yang semakin meningkat pada masa ini telah mendorong Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk terus fokus bagi menangani kegiatan pengedaran mahupun pemprosesannya dan nilai dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM42 juta." ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan beliau pada petang ini.
Ini terbukti dengan kejayaan terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket dadah antarabangsa yang memiliki sebuah makmal dadah haram mengeluarkan dadah jenis Erimin 5 dengan menangkap seramai 25 ahli sindiket yang terdiri daripada 17 lelaki dan 2 wanita tempatan dan 3 warganegara taiwan serta 3 warganegara nepal.
Kesemua mereka yang berumur di antara 24 tahun hingga 60 tahun telah ditangkap di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang dan kesemua mereka didakwa di bawah Sek.39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit salah.Enam daripada mereka yang ditangkap itu didapati mempunyai rekod kesalahan lampau.
Serbuan ke atas makmal dadah haram sindiket yang terletak di sebuah kawasan perindustrian ringan di klang,selangor telah berjaya merampas sejumlah 282.62 kilogram serbuk disyaki dadah Erimin 5 dan lebihkurang 88,00 Pil Erimin 5.Sehingga kini pihak polis telah juga berjaya menyita 12 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk jenis BMW dan Mercedez Benz serta wang tunai berjumlah Rm82,305.
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM ini merupakan hasil kerjasama erat dengan pihak DRUG ENFORCEMENT DIVISION(DED) MINISTRY OF JUSTICE INVESTIGATION BUREAU(MJIB) REPUBLIC CHINA TAIWAN sekaligus menggagalkan rancangan sindiket dadah jenis Sintetik untuk memproses dan membekalkan pasaran dalam negara mahupun pasaran luar negara, ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman semasa berucap di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menunjukkan dadah yang dirampas dan peralatan-peralatan memproses dadah.
Wartawan & Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan