Majlis Penyerahan Van Bergerak Oleh Majlis Perbandaran Nilai
Program
Bandar Selamat...Boleh dilakukan dengan berkesan jika kita mempunyai
keinginan dan kesungguhan -'Whenever there's a will, there's always a
way'...YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Nilai
- 15 Mei 2012. 'Program Bandar Selamat', di atas inisiatif ini, Majlis
Perbandaran Nilai telah menyerahkan sebuah unit Van Bergerak yang telah
diubahsuai menjadi Balai Polis Bergerak, bernilai seratus empat puluh
empat ribu kepada Polis Diraja Malaysia, bagi kegunaan Ibu Pejabat Polis
Daerah Nilai.
Majlis
penyerahan yang berlangsung di Dataran Nilai ini telah disempurnakan
oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai, Dato' Haji Abd Halim bin
Haji Abd Latif bersama YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara.
Penyerahan
Van Bergerak ini jelas menunjukkan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa
memberi sokongan padu kepada PDRM terutama dalam aspek pencegahan
jenayah, antara intipati ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
"IPD
NIlai yang merangkumi enam Balai Polis dibawah pentadbirannya dan
meliputi keluasan 330.4 km, akan mendorong anggotanya melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan dan seterusnya
mempertingkatkan kecekapan tugas dengan sumbangan yang di usahakan oleh
Majlis Perbandaran Nilai ini" tambah Dato' Sri lagi.
YDH
Timbalan Ketua Polis Negara juga mengingatkan kepada warga IPD Nilai
supaya menghayati Konsep 4P dan menjadi sentral dalam setiap aktiviti
dan tindakan.
"Jangan
jadikan Konsep 4P sebagai slogan semata-mata, semua warga polis
hendaklah 'live up to each of the characteristics' kerana hanya dengan
cara itu sahajalah kecekapan dan keberkesanan peranan polis dapat
dipertingkatkan" ucap beliau lagi.
Sebelum
mengakhiri ucapan, YDH Dato' Sri Khalid juga turut mengesa warga IPD
Nilai meningkatkan prestasi melalui pendekatan 3C iaitu 'Creativity,
Communications and Collaboration' dan mendokong saranan yang dicetuskan
oleh YAB Perdana Menteri Malaysia itu, sejajar dengan aspirasi
peningkatan prestasi mutu kerja Perkhidmatan Awam.
Hadir
di Majlis Penyerahan Van Bergerak Oleh Majlis Perbandaran Nilai di
Dataran NIlai pada petang ini ialah YDH SAC Dato' Osman bin Salleh,
Ketua Polis Negeri Sembilan dan YDH Superintendan Mohd Yusoff bin Awang,
Ketua Polis Daerah Nilai.
Turut
hadir, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua kaum,
Pengurus-pengurus Kilang, Pengurus-pengurus pemaju Perumahan, Dif-dif
jemputan, Wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Penduduk, Pegawai-pegawai
Kanan PDRM serta wakil-wakil media.



Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di Dataran Nilai, Nilai.

dari
kanan...YDH SAC Dato' Abd Manan bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Polis
Negeri Sembilan, YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua Polis Negeri
Sembilan, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Haji Abd Halim
bin Haji Abd Latif dan YDH Superintendan Mohd Yusoff bin Awang, Ketua
Polis Daerah Nilai


Antara yang hadir di Majlis Penyerahan Van Bergerak oleh Majlis Perbandaran Nilai kepada Polis Diraja Malaysia

Ucapan alu-aluan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai, Dato' Haji Abd Halim bin Haji Abd Latif

Ucapan oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara




Gimik...sketsa kejadian kes ragut

Majlis Penyerahan Vab Bergerak oleh Majlis Perbandaran Nilai

Penyampaian cenderahti kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai

Cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara


Tanda Bagus.. Van Bergerak yang telah diubahsuai menjadi Balai Polis Bergerak


Sidang Media...

Menghiburkan hadirin semasa jamuan minum petang
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan