Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesi Menteri Bersama PDRM dan Ujian Kemahiran Menembak KDN/PDRM Tahun 2010 pada pagi ini bukanlah bertujuan untuk mencari siapa yang terbaik dan sebagainya, namun ia adalah bertujuan memperkukuhkan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sesi-menteri-bersama-pdrm-dan-ujian-kemahiran-menembak-kdn-pdrm-tahun-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:49 MYT

Cheras - 4 April 2010. Sesi Menteri Bersama PDRM  dan Ujian Kemahiran Menembak KDN/PDRM Tahun 2010 telah berlangsung di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur.

Tetamu istimewa ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri dan YM Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah.

Hadir sama ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah KDN/KA, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

YM Dato' Raja Azahar bin Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengetuai rombongan Y.Bhg Dato'-Dato' Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Ujian Kemahiran Menembak pada kali ini adalah Sesi Menembak 'Centre Fire' lelaki dan wanita, Sesi Menembak 'Falling Plate'  berpasukan antara Pasukan Menteri Dalam Negeri, Pasukan KSU KDN, Pasukan Ketua Polis Negara dan Pasukan Timbalan Ketua Polis Negara.

Sebelum Ujian Kemahiran menembak dijalankan, satu pertunjukan yang menarik dari Unit Tindakan Khas telah dipertontonkan dan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir.

Keputusan acara tembak Centre Fire Individu Wanita , Johan ialah Puan Niti binti Abdul Razak (PDRM) dan Y.Bhg Dato' Zaiton binti Ab. Samad (KDN). Centre Fire Individu Lelaki pula, Johan ialah YDH Dato' Chuah Ghee Lye (PDRM) dan Y.Bhg Datul Wira Hj. Zulkifli bin Omar (KDN).

Dalam acara tembak Falling Plate Berpasukan, Johan ialah pasukan Ketua Polis Negara dan Naib Johan ialah Pasukan Menteri Dalam Negeri. 

Sesi Menteri Bersama PDRM  dan Ujian Kemahiran Menembak KDN/PDRM Tahun 2010 pada pagi ini bukanlah bertujuan untuk mencari siapa yang terbaik dan sebagainya, namun ia adalah bertujuan memperkukuhkan dan merapatkan lagi hubungan di antara pegawai-pegawai tertinggi KDN dengan pucuk pimpinan PDRM.

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Sesi  Menteri Bersama PDRM...dari kiri, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri , YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Demo UTK...kemahiran menembak tepat tanpa membidik sasaran.

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Melindungi orang kenamaan menjadi keutamaan ....

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Ketangkasan menumpaskan penjenayah walaupun terkena tembakan...

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Demo terakhir...Penembak Curi Tepat atau Snipper menunjukkan kemahiran dengan senjata jenis A.W Internasional Accuracy 7.62 mm buatan England.

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Sasaran Snipper sejauh 150 meter, menembak penjenayah dalam satu situasi tebusan yang berada di atas bukit.

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Tepat...mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Rangge Officer, C/Insp Hammi Zamri bin Abdullah menerangkan prosedur keselamatan senjatapi.

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Gaya seorang ahli tembak...

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Naib Johan Acara Centre Fire Individu (KDN), YM Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah. 

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Naib Johan...Pasukan Menteri Dalam Negeri (dari kiri) Y.Bhg Dato' Wira Hj. Zulkifli bin Omar, YDH SAC I Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail dan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Johan Acara Jatuh Piring Besi 'Falling Plate'...Y.Bhg Dato' Zaiton binti Ab. Samad, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, YDH SAC II Dato' Jaafar bin Mohd Yusof dan YDH CP Dato' Koh Hong Sun.
 
Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Johan Acara Centre Fire Individu...YDH Dato' Chuah Ghee Lye, Komander Unit Udara PDRM, berjaya mengumpul 86 markah.

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Johan Acara Centre Fire Individu Wanita (KDN), Y.Bhg Dato' Zaiton binti Ab. Samad menerima hadiah daripada Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA

Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara kepada YB Menteri Dalam Negeri.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM