Pertandingan Golf Antara Pasukan Sas Dan Pasukan Pdrm
Petaling
Jaya - 3 April 2010. Pertandingan Golf antara Pasukan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Pahang (SAS) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah berjaya dianjurkan di Kelab Tropicana Golf & Country
Resort, Petaling Jaya, Selangor dalam suasana yang penuh kemesraan,
indah dan harmoni.
Keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin
Al-Muadzam Shah telah menambahkan ceria dan meriahnya pertandingan ini,
seterusnya telah mengukuhkan silaturrahim dan merapatkan lagi tautan
kasih kemesraan yang akrab di antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Pahang dengan warga PDRM.
Sesuai
dengan berbagai jolokan oleh media massa bahawa Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Pahang merupakan 'Peminat Sukan Nombor Satu Negara', 'The
Prince of Sport' dan 'The King of Sport' sejak dari permulaan pemerintah
Baginda, telah mengampuni perkenan mengilhamkan
pertandingan-pertandingan dan perlawanan persahabatan berbagai sukan
sebagai langkah meningkatkan mutu sukan-sukan berkaitan di samping
sebagai usaha positif mengeratkan hubungan silaturrahim serta pengukuhan
perpaduan sesama ahli-ahli pasukan yang bermain.
Pertandingan Golf antara
Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (SAS) dengan Pasukan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula diadakan sejak tahun 1994 lagi.
Acara tahunan ini diadakan setiap tahun dengan penganjurannya secara
bergilir-gilir. Kali terakhir pertandingan ini diadakan pada tahun 1999
di Kelab Golf Pantai Lagenda Pekan, Pahang yang dianjurkan oleh pihak
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Pertandingan
pada tahun berikutnya yang sepatutnya dianjurkan oleh PDRM tidak dapat
dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada 17 Mei
2009, Pertandingan Golf ini telah berjaya di adakan semula di saujana
Golf & Country Club di mana Pasukan KDYMM Sultan Pahang (Team SAS)
telah muncul sebagai juara.
Memandangkan
pertandingan ini mempunyai prestij dan nostalgia yang tersendiri, maka
pada tahun ini pertandingan ini telah dianjurkan oleh Polis Diraja
Malaysia yang turut dibantu oleh Jawatankuasa Induk Golf Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Pahang (Team SAS).
Pertandingan
dijalankan dalam dua (2) acara serentak iaitu Berpasukan (Team SAS
vs Team PDRM) - "Match Play (Best Ball)" dan Berpasangan - "Standard
(Best Ball)". Markah pula adalah dikira berdasarkan kepada 'Stableford
Point - Best Ball'.
Pasukan
PDRM telah diketuai oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Timbalan Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan
Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH
Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM , YDH Ketua Polis Negeri dan
Pesuruhjaya Polis, Komander-Komander serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Pertandingan
pada kali ini juga dilihat mampu untuk meneruskan lagi kesinambungan
pengukuhan silaturrahim dan tautan kasih kemesraan yang akrab di antara
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dengan warga PDRM. Menang
atau kalah bukan merupakan ukuran utama tetapi peningkatan kesefahaman
dan kemesraan untuk kepentingan sama ada perkhidmatan bersama atau
membina perhubungan sosial yang baik adalah menjadi keutamaan bersama.
Johan Keseluruhan telah diungguli oleh Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (Team SAS).

dari
kiri...YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala
Lumpur, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara,
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Y.Bhg. Dato' Mohd Yusof Bin Said.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang melakukan pukulan di 'Hole 1'

dari
kiri...ACP Wan Zainudin bin Wan Mahmood, YAB Dato' Sri Adnan bin
Yaakob, Menteri Besar Pahang, YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah
JSJK dan Y.Bhg Dato' Syed Mutalib.

dari
kanan...ACP Narenasegaran a/l Thangaveloo, YDH CP Dato' Hussin bin
Ismail, Pengarah KDN/KA, YAM Tengku Dato' Ibrahim bin Sulaiman dan Y.Bhg
Dato' Dr Halim bin Rahmat.

dari
kiri...YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Cik Azlina binti Abdul
Aziz, Y.Bhg Dato' Suffian Ismail dan YDH SAC II Dato' Rahim Jaafar.

Duli
Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah,
perkenan menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Ismail bin Haji
Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Juara
Keseluruhan, Team SAS...Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar
Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah menatap Piala Pusingan yang disampaikan
oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

KDYMM
Sultan Pahang, perkenan mendendangkan empat buah lagu bersama Kombo
PDRM sebelum berangkat meninggalkan Majlis Penyampaian Hadiah dan Majlis
Santapan Tengahari.

Keberangkatan pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Bergambar Kenangan antara Team SAS dan Team PDRM bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang