Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis amal hari ini jelas menunjukkan keprihatinan dan kepekaan Polis Diraja Malaysia tentang perlunya membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-lawatan-hospital-ketua-polis-negara-sempena-peringatan-hari-polis-ke-203
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT

Cheras - 9 April 2010. Program Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 telah berlangsung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia telah mewakili YDH Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM mewakili Pengerusi PERKEP Malaysia.

Hadir sama ialah YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, YDH Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Y.Bhg Profesor Dr. Rohaizak bin Muhamad, Timbalan Dekan Penyelidik dan Industri PPUKM telah menyambut ketibaan rombongan PDRM. Hadir sama ialah Y.Bhg Dato' Dr. Noorimi binti Hj. Morad, Ketua Pegawai Operasi PPUKM serta Pegawai-pegawai Kanan Pusat Perubatan UKM.

Majlis amal hari ini jelas menunjukkan keprihatinan dan kepekaan Polis Diraja Malaysia tentang perlunya membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas seharian yang lain, ianya tidak menghalang warga PDRM bersama PPUKM dari menjalankan usaha-usaha amal dan murni, menyumbang ke arah memupuk kesejahteraan rakyat.

Pemberian sumbangan dan program lawatan ini adalah satu usaha kemasyarakatan dan masyarakat perlulah sedar bahawa kerja-kerja amal ini memerlukan kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab terhadap hubungan sesama manusia.

Sumbangan PDRM dan PERKEP adalah peralatan perubatan berupa crutches, walking frame, quadri pod, peralatan permainan untuk kanak-kanak dan hamper.

Selain itu, di Lobi Utama PPUKM, beberapa gerai pameran daripada Jabatan PDRM juga turut disediakan.

Diharap sumbangan dan kerjasama bersama PPUKM ini akan berterusan di masa-masa akan datang, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyayang.

Program Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Lawatan ke Wad Pediatrik...

Y.Bhg Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM menyampaikan ssumbangan hamper kepada pesakit.

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari menyampaikan sumbangan PDRM dan PERKEP, berupa peralatan perubatan kepada Y.Bhg Profesor Dr. Rohaizak bin Muhamad

Cenderahati daripada YDH Pengarah Pengurusan PDRM

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM