Sesi Menteri Bersama Pdrm Dan Ujian Kemahiran Menembak Kdn Pdrm Tahun 2010
Cheras - 4 April 2010. Sesi Menteri Bersama PDRM dan Ujian Kemahiran Menembak KDN/PDRM Tahun 2010 telah berlangsung di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur.
Tetamu istimewa ialah YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri dan YM
Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah.
Hadir
sama ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis
Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara,
YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah KDN/KA, YDH Dato'-Dato'
Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
YM
Dato' Raja Azahar bin Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri telah mengetuai rombongan Y.Bhg Dato'-Dato'
Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Ujian Kemahiran Menembak
pada kali ini adalah Sesi Menembak 'Centre Fire' lelaki dan wanita, Sesi
Menembak 'Falling Plate' berpasukan antara Pasukan Menteri Dalam
Negeri, Pasukan KSU KDN, Pasukan Ketua Polis Negara dan Pasukan Timbalan
Ketua Polis Negara.
Sebelum
Ujian Kemahiran menembak dijalankan, satu pertunjukan yang menarik dari
Unit Tindakan Khas telah dipertontonkan dan mendapat tepukan gemuruh
dari hadirin yang hadir.
Keputusan
acara tembak Centre Fire Individu Wanita , Johan ialah Puan Niti binti
Abdul Razak (PDRM) dan Y.Bhg Dato' Zaiton binti Ab. Samad (KDN). Centre
Fire Individu Lelaki pula, Johan ialah YDH Dato' Chuah Ghee Lye (PDRM)
dan Y.Bhg Datul Wira Hj. Zulkifli bin Omar (KDN).
Dalam
acara tembak Falling Plate Berpasukan, Johan ialah pasukan Ketua Polis
Negara dan Naib Johan ialah Pasukan Menteri Dalam Negeri.
Sesi
Menteri Bersama PDRM dan Ujian Kemahiran Menembak KDN/PDRM Tahun 2010
pada pagi ini bukanlah bertujuan untuk mencari siapa yang terbaik dan
sebagainya, namun ia adalah bertujuan memperkukuhkan dan merapatkan lagi
hubungan di antara pegawai-pegawai tertinggi KDN dengan pucuk pimpinan
PDRM.

Sesi
Menteri Bersama PDRM...dari kiri, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun
Hussien, Menteri Dalam Negeri , YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji
Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar,
Timbalan Ketua Polis Negara

Demo UTK...kemahiran menembak tepat tanpa membidik sasaran.

Melindungi orang kenamaan menjadi keutamaan ....

Ketangkasan menumpaskan penjenayah walaupun terkena tembakan...

Demo
terakhir...Penembak Curi Tepat atau Snipper menunjukkan kemahiran
dengan senjata jenis A.W Internasional Accuracy 7.62 mm buatan England.

Sasaran Snipper sejauh 150 meter, menembak penjenayah dalam satu situasi tebusan yang berada di atas bukit.

Tepat...mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir

Rangge Officer, C/Insp Hammi Zamri bin Abdullah menerangkan prosedur keselamatan senjatapi.

Gaya seorang ahli tembak...

Naib Johan Acara Centre Fire Individu (KDN), YM Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah.

Naib
Johan...Pasukan Menteri Dalam Negeri (dari kiri) Y.Bhg Dato' Wira Hj.
Zulkifli bin Omar, YDH SAC I Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, YDH CP
Dato' Hussin bin Hj. Ismail dan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun
Hussien

Johan
Acara Jatuh Piring Besi 'Falling Plate'...Y.Bhg Dato' Zaiton binti Ab.
Samad, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, YDH SAC II Dato' Jaafar
bin Mohd Yusof dan YDH CP Dato' Koh Hong Sun.

Johan Acara Centre Fire Individu...YDH Dato' Chuah Ghee Lye, Komander Unit Udara PDRM, berjaya mengumpul 86 markah.

Johan
Acara Centre Fire Individu Wanita (KDN), Y.Bhg Dato' Zaiton binti Ab.
Samad menerima hadiah daripada Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim,
Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA

Cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara kepada YB Menteri Dalam Negeri.