Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Serah Menyerah Tugas Setiausaha Polis Malaysia

Published: 10 Jun 2014 5.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyampaikan Surat Perlantikan SUPM kepada YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin di Majlis..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serah-menyerah-tugas-setiausaha-polis-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:22 MYT

Bukit Aman - 20 Oktober 2010. Berkuatkuasa pada hari ini, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis telah dilantik menjawat jawatan sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyampaikan Surat Perlantikan SUPM kepada YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin di Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah-Pengarah PDRM di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, pagi ini.

YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin menggantikan YDH SAC Dato' Azian bin Yahya yang telah bersara wajib. Majlis penyerahan dokumen telah berlangsung di Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman antara YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin dan YDH SAC Dato' Razali bin Ab Razak, Penolong Ketua Urus Setia KPN Pentadbiran sambil disaksikan oleh YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik.

Serah Menyerah Tugas Setiausaha Polis Malaysia
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Surat Perlantikan SUPM kepada YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin

Serah Menyerah Tugas Setiausaha Polis Malaysia
Majlis Penyerahan Dokumen, disaksikan oleh YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik

Serah Menyerah Tugas Setiausaha Polis Malaysia
YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin dan YDH SAC Dato' Razali bin Ab Razak, Penolong Ketua Urus Setia KPN Pentadbiran

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM