Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Bangi
- 22 Oktober 2010. Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman telah
menganjurkan Kursus Bina Insan yang bermula pada 17 Oktober 2010 dan
tamat pada pagi ini, 22 Oktober 2010 di AD Country Resort, Teratak
Hijaz, Bukit Dugang, Bangi.
Kursus
Bina Insan yang julung kali diadakan untuk Pegawai Kanan dari pelbagai
jabatan di seluruh Malaysia ini telah dihadiri seramai 29 orang dan
dibahagikan kepada 5 kumpulan. Peserta-peserta kursus didedahkan dengan
pelbagai skop ceramah yang telah disampaikan oleh pakar ilmuan dari
pelbagai bidang, latihan dalam kumpulan, aktiviti luar, 'Team Building'
dan juga riadah.
Kursus
ini diadakan untuk memantapkan lagi dan mempertingkatkan keimanaan dan
ketaqwaan warga kerja PDRM. Selain itu, ianya akan menyedarkan tentang
perlunya memiliki sifat-sifat berdaya maju, berdaya juang, berdaya
saing, semangat setiakawan dan membentuk jatidiri sebagai seorang yang
bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan
negara.
Majlis
Penutupan Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1/2010 ini telah
disempurnakan oleh YDH Supt. Abd Patah bin Ahmad, Superintendan
Pentadbiran (BAKA). Hadir sama ialah Supt. Mary Yong Meng Yoong,
Superintendan Kaunseling BAKA, DSP Nor Ainin binti Hj. Nuh, Penyelaras
Kursus Bina Insan, barisan fasilitator dari BAKA serta wakil dari Balai
Polis Dengkil dan Balai Polis Batu 9.
"Manfaatkanlah
ilmu yang diperolehi dari kursus ini kepada pegawai, anggota, keluarga
dan komuniti dibawah jagaan tuan-tuan, sebarkan mesej-mesej positif
untuk menaikkan sahsiah diri mereka"
'Terapkan
nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi
melahirkan insan yang amanah, ikhlas, tekun, sabar, adil dan berdisiplin
bagi membentuk warga PDRM yang berintegriti dan mempunyai jati diri
yang tinggi berlandaskan Islam Hadhari' antara ucapan penutupan beliau.

Ucapan oleh DSP Nor Ainin binti Hj. Nuh, ,DSP Kaunseling Kerjaya BAKA merangkap Penyelaras Kursus Bina Insan

Ucapan Perasmian Penutupan Kursus Bina Insan oleh YDH Supt. Abd Patah bin Ahmad, Superintendan Pentadbiran (BAKA)

Kumpulan yang mendapat markah tertinggi menerima cenderahatai daripada YDH Supt. Abd Patah bin Ahmad

Penghulu Kursus Bina Insan, ASP Dzulbaharin bin Ismail menyampaikan cenderahati kepada Supt. Abd Patah bin Ahmad

Cenderahati kepada Supt. Mary Yong Meng Yoong, Superintendan Kaunseling BAKA

Peserta-peserta Kursus Bina Insan bergambar kenangan di AD Country Resort, Teratak Hijaz