Sepasang Penuntut Ipts Warga Asing Ditahan Dadah Bernilai R
Kuala Lumpur, 17 April - Polis menahan sepasang kekasih warga
asing dan merampas Methamphetamine bernilai RM120,000 di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Razak di sini Ahad lepas.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak
berkata lelaki Nigeria berusia 26 tahun dan wanita Madagascar berusia
23 tahun itu, yang merupakan penuntut institusi swasta, dipercayai
aktif dalam pengedaran dadah di sekitar kawasan Kuala Lumpur sejak dua
bulan lepas.
"Pasangan
itu ditahan ketika berunding dengan pelanggan mereka di pangsapuri
berkenaan," katanya pada sidang berita di Ibu pejabat Polis Kontinjen
Kuala Lumpur hari ini.
Ketika
memeriksa pangsapuri itu, Wan Abdullah berkata polis menemui beberapa
bungkusan plastik dipercayai mengandungi dadah jenis Methamphetamine
seberat satu kilogram.
Menurutnya,
polis turut menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua
wanita Vietnam yang berusia antara 23 dan 40 tahun yang dipercayai
pelanggan pasangan itu.
"Ujian air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif Methamphetamine," katanya.
Wan
Abdullah berkata kesemua mereka direman sehingga Sabtu ini dan kes
disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. -BERNAMA