Dua Pelajar Belasah Lelaki Hingga Parah Diberkas
Perangai
samseng dua pelajar lelaki sekolah menengah yang membelasah seorang
lelaki sehingga parah terbongkar apabila ditangkap bersama lima lagi
lelaki dalam sebuah serbuan di Langau, Limbang.
Polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri, empat bilah parang dan sebilah parang samurai dalam serbuan berkenaan.
Suspek
diberkas selepas pihak polis membuat siasatan berhubung kes seorang
lelaki dibelasah sekumpulan lapan individu di Pasar Cina sehingga cedera
di tangan dan badan.
Susulan laporan yang diterima, polis menyerbu sebuah rumah di Langau dan menahan lapan suspek termasuk dua pelajar terbabit.
Sumber: Akhbar Kosmo
