Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sepasang Penuntut Ipts Warga Asing Ditahan Dadah Bernilai R

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Pasangan itu ditahan ketika berunding dengan pelanggan mereka di pangsapuri berkenaan,' katanya pada sidang berita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sepasang-penuntut-ipts-warga-asing-ditahan-dadah-bernilai-r
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT

Kuala Lumpur, 17 April - Polis menahan sepasang kekasih warga
asing dan merampas Methamphetamine bernilai RM120,000 di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Razak di sini Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata lelaki Nigeria berusia 26 tahun dan wanita Madagascar berusia 23 tahun itu, yang merupakan penuntut institusi swasta, dipercayai aktif dalam pengedaran dadah di sekitar kawasan Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas.

"Pasangan itu ditahan ketika berunding dengan pelanggan mereka di pangsapuri berkenaan," katanya pada sidang berita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ketika memeriksa pangsapuri itu, Wan Abdullah berkata polis menemui beberapa bungkusan plastik dipercayai mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat satu kilogram.

Menurutnya, polis turut menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua wanita Vietnam yang berusia antara 23 dan 40 tahun yang dipercayai pelanggan pasangan itu.

"Ujian air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif Methamphetamine," katanya.

Wan Abdullah berkata kesemua mereka direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. -BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM