Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Semua Kegiatan Latihan Digantung Sementara Akibat Jangkitan Virus Adenovirus

Published: 11 Jun 2014 12.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Semua kegiatan latihan digantung sementara sehingga mendapat 'clearance' daripada semua pihak berkuasa yang berkenaan mengenai kesesuaian untuk meneruskan latihan asas berikutan daripada jangkitan vi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semua-kegiatan-latihan-digantung-sementara-akibat-jangkitan-virus-adenovirus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:37 MYT

Bukit Aman - 9 Mac 2011

"Semua kegiatan latihan akan digantung buat sementara waktu sehingga mendapat kenyataan clearance daripada semua pihak berkuasa mengenai kesesuaian untuk meneruskan latihan asas berikutan kes pelatih terdedah kepada jangkitan virus ADENOVIRUS  yang berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur baru-baru ini" ujar YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar dalam sidang media tergempar di Dewan Theatrette, Menara 1 petang ini.

Beliau berkata, seorang pelatih Konstabel telah meninggal dunia sementara dua pelatih lagi sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi, Hospital Besar Kuala Lumpur. Dalam pada itu, seramai 28 orang pelatih  sedang menjalani rawatan sebagai pesakit luar di wad biasa HKL. Beliau menambah, tanda-tanda awal jangkitan virus ini adalah seperti gejala batuk dan demam.

Kini seramai 1,945 orang pelatih sedang menjalani latihan asas kepolisan iaitu seramai  993 orang adalah pelatih Inspektor manakala seramai 952 orang adalah pelatih Konstabel. Selain itu, terdapat 854 orang kakitangan yang bertugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Menurut beliau, kini seramai 226 orang pelatih telahpun diasingkan sebagai di dalam pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan manakala selebihnya telah ditempatkan di dalam keadaan berjaga-jaga.

Satu Bilik Gerakan Khas telah dibuka di PULAPOL Kuala Lumpur bagi memerhati dan mengendalikan keadaan ini. Kepada semua ahli keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-26882009.

YDH Ketua Polis Negara menegaskan bahawa, PDRM telah mengambil semua langkah perlu dan kerjasama dengan semua agensi bagi menangani masalah jangkitan virus ini. Maklumat juga boleh diperoleh di laman sosial FACEBOOK PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia dan juga laman web rasmi PDRM di www.rmp.gov.my.

Semua Kegiatan Latihan Digantung Sementara Akibat Jangkitan Virus Adenovirus
Sidang media YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Semua Kegiatan Latihan Digantung Sementara Akibat Jangkitan Virus Adenovirus
Turut hadir..YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur dalam sidang media YDH Ketua Polis Negara

Semua Kegiatan Latihan Digantung Sementara Akibat Jangkitan Virus Adenovirus
Antara jemputan media yang hadir petang ini..


Wartawan    : Konst. Norliza bt. Basrah
Jurufoto     : L/Kpl  Mohd Khaidzir b. Mahmad
Penyunting  : ASP Foo C.S
ArticlePublished 11 Jun 2014 12.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM