Artikel
Timbalan Ketua Polis Negara Turun Padang Ke Martek Pdrm Dun Merlimau
'Laksanakan penugasan dengan profesional, bersatu padu, bersatu hati dalam menghadapi penugasan, demi untuk menentukan keselamatan dapat dikekalkan', amanat ol...
Merlimau, Melaka 5 Mac 2011
Dengan kekuatan seramai 1,408 orang pegawai dan anggota, Polis Diraja Malaysia telah siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil N.27 DUN Merlimau Melaka yang akan bermula pada 6 Mac 2011 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
"Laksanakan penugasan dengan profesional, bersatu padu, bersatu hati dalam menghadapi penugasan, demi untuk menentukan keselamatan dapat dikekalkan", amanat oleh YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) Polis Diraja Malaysia, di Merlimau, Melaka pada pagi ini.
Dalam amanatnya, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail turut berharap, penugasan keesokkannya tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi keselamatan dan dapat berjalan dengan lancar, tanpa tercalar dari mana-mana pihak tentang kesahihan perjalanan pilihan raya ini.
"Kita memikul tanggungjawab yang berat dan tentukan kita dapat melakukan tugas dengan baik, ikhlas dalam melaksanakan tugas dan kekalkan semangat bersepadu, bekerjalah dengan berhemah, Insya-Allah kita akan berjaya", akhiri amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Sehubungan itu juga, taklimat pilihan raya disampaikan oleh YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka di Bilik Mesyuarat MARTEK Polis Diraja Malaysia, Merlimau. Tujuan taklimat adalah untuk merancang strategi pengurusan sumber manusia dan logistik khasnya tugas-tugas kepolisan menghadapi pilihan raya. Taklimat tersebut terdiri daripada skop-skop pembahagian tugas dan perancangan penugasan mengikut 7 fasa, iaitu :-
1. Tamat tempoh berkempen
2. Hari pembuangan undi
3. Pusat mengundi panas
4. Penugasan trafik
5. Penugasan Strike Force
6. Pusat penjumlahan undi
7. Pasca pilihan raya
2. Hari pembuangan undi
3. Pusat mengundi panas
4. Penugasan trafik
5. Penugasan Strike Force
6. Pusat penjumlahan undi
7. Pasca pilihan raya
Turut hadir semasa lawatan YDH Timbalan Ketua Polis Negara ialah YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Timb. Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB) KDN/KA, YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam), Pegawai-pegawai Kanan serta anggota polis.

YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka ditemubual oleh TV3...

Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah MARTEK PDRM

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara ke MARTEK PDRM N.27 DUN Merlimau

YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye memperkenalkan pegawai-pegawai kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Taklimat Pilihan Raya Kecil N.27 DUN Merlimau di Bilik Mesyuarat MARTEK PDRM
Gambar-gambar semasa taklimat

Gambar semasa Majlis Amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Wartawan : Konst Norliza binti Basrah
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : PF29 Siti Fatimah binti Abdul Manan