Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan Ksu Kp Bil 3 2011
Bukit Aman - 9 Mac 2011
"Bagi
mencapai matlamat yang disasarkan dengan berperanan utama untuk
mewujudkan persekitaran yang selamat, PDRM berpegang pada Visi PDRM
iaitu, agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia negara selamat, aman
dan sejahtera dan juga Misi PDRM iaitu, memberi perkhidmatan profesional
dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang
selamat bagi masyarakat", kata YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara sempena Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian Dan
Ketua Perkhidmatan (KSU/KP) Bil 3/2011 pada pagi ini di Bilik Mesyuarat
KPN, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.
Beliau
juga turut berkata, untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap
Pasukan Polis, proses dalaman dimantapkan melalui pembudayaan pemikiran
kreatif dan inovatif bagi membentuk value creation, memvariasikan lanskap pencegahan jenayah melalui pendekatan community policing dan pemantauan berterusan ke atas sistem dan proses kerja.
Seiring
dengan era transformasi, PDRM telah membuat ketetapan hala tujunya
untuk 5 tahun akan datang melalui Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T PDRM)
bagi tempoh 2011 hingga 2115.
Pelan
Strategik 5 Tahun PDRM dijajarkan kepada 4 tonggak strategi yang
merangsang pembangunan negara iaitu, Pertama: Gagasan 1Malaysia, Kedua:
Pelan Transformasi Kerajaan, Ketiga : Model Ekonomi Baru dan Keempat:
Rancangan Malaysia Ke-10.
PS5T
PDRM yang juga menjadi landasan transformasi PDRM, telah diberi nilai
tambah kepada pelanggan disamping memfokuskan kepada produktiviti dan
keberkesanan serta penilaian pencapaian prestasi berorientasi
keberhasilan (outcome based).
"Dalam
perubahan persekitaran yang serba kompleks dan pelbagai idea dan tren
hasil sentuhan arus globalisasi serta dunia tanpa sempadan, pendekatan
keterangkuman yang mengguna pakai kaedah Petunjuk Prestasi Utama
Seimbang atau Balanced Key Performance Indicator
atau singkatannya BKPI yang menjadi asas dalam pembangunan PS5T PDRM,
berkebarangkalian dapat meningkatkan keberhasilan PDRM terutamanya dari
aspek mengurangkan jenayah", ucap YDH Ketua Polis Negara.
YDH
Ketua Polis Negara juga tidak ketinggalan menterjemahkan Konsep 4P yang
telah beliau lancarkan pada 30 September 2010, iaitu satu hala tuju
PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai kesinambungan kepada misi dan
visi PDRM.
"Dengan
menggariskan 33 petunjuk prestasi utama bagi 4 perspektif yang
merangkumi faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi
PDRM ke arah pencapaian 8 objektif PDRM, PDRM berkemampuan membuat
pembaharuan dalam memberi kepuasan kepada pelanggan dan memuaskan hati stakeholder melalui pengurusan kewangan yang cekap dan perbelanjaan yang berhemah dengan berteraskan kaedah berinovasi"
"PDRM
juga sentiasa relevan melalui proses kerja yang cekap bagi setiap
proses dalaman serta disulami pembangunan dan pembelajaran yang mantap
bagi menghasilkan warga PDRM yang bermotivasi, berkompetensi tinggi dan
berintegriti", akhiri ucapan oleh YDH Tan Sri Haji ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara.
Mesyuarat
Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan (KSU/KP) Bil 3/2011
ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua
Setiausaha Negara, Y.Bhg Dato' Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin,
Panglima Angkatan Tentera, , Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan
Ketua-ketua Perkhidmatan Awam.

YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyambut ketibaan tetamu

Lobi
Menara 1 Bukit Aman...YDH Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato'
Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM dan YDH ACP Ramli bin
Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam)

YDH Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha KDN

YDH Ketua Polis Negara bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara menanti ketibaan Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara

Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara disambut oleh YDH Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan bersama di depan bangunan Menara 1 Bukit Aman

Bergambar kenangan bersama Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara

Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara menandatangani Buku Pelawat di Pejabat Ketua Polis Negara

Persediaan memulakan mesyuarat

Mesyuarat
Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan dipengerusikan oleh
Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara

Jamuan makan tengahari di Dewan Mess Pegawai Kanan Bukit Aman

Cenderahati... gambar kenangan kumpulan daripada YDH Ketua Polis Negara

Tetamu dihiburkan oleh Supt. Alina binti Saad, Pengarah Muzik PDRM bersama kumpulan La Fiesta PDRM
Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan