Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Semua Ipd Dilengkapi Prs

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Kuching - 23 April 2007. Semua 27 Ibu Pejabat Polis Daerah di Sarawak akan dilengkapkan dengan Sistem Laporan Polis (PRS) pada pertengahan tahun 2008...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semua-ipd-dilengkapi-prs
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:52 MYT

Kuching - 23 April 2007. Semua 27 Ibu Pejabat Polis Daerah di Sarawak akan dilengkapkan dengan Sistem Laporan Polis (PRS) pada pertengahan tahun 2008.

YDH Dato' Talib Jamal, Pesuruhjaya Polis Sarawak berkata, sistem yang berteraskan komputer itu merupakan projek fasa keempat selepas fasa pertama dan kedua dilancarkan pada Mac 2002 di Kuala Lumpur.

"Ini merupakan inisiatif polis untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana menerusi system kompershensif dan bersepadu ini proses penerimaan repot, pembukaan kertas siasatan, pendakwaan dan penyediaan berkala dikendalikan secara elektronik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan PRS Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Balai Polis Satok.

Katanya, selain IPD Kuching, fasa ketiga merangkumi Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, IPK Terengganu, IPK Pahang dan IPK Sabah.

PRS dipecahkan kepada lapan modul iaitu modul pejabat pertanyaan, lokap, kertas siasatan, pengurusan barang kes, sistem maklumat eksekutif, integrasi sistem PDRM, integrasi agensi-agensi lain dan analisis siasatan visual.

Di bawah sistem itu, orang ramai akan menikmati faedah seperti pengadu boleh mebuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran, menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lebih mesra, cepat dan betul, menyediakan persekitaran tanpa kertas dan persekitaran yang selesa kepada orang awam serta menyediakan sistem maklumat bersepadu yang boleh diakses di semua peringkat pengurusan polis.

Dato' Talib Jamal berkata lagi, pelaksanaannya di IPD seluruh negeri adalah selaras dengan matlamat polis untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Abdul Rahman Hussin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Teknologi Maklumat) Bukit Aman ACP Mat Kasim Bin Karim.

Semua Ipd Dilengkapi Prs
Selangkah ke hadapan... Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Talib Jamal menekan butang komputer bagi melancarkan PRS IPD Kuching. Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Abdul Rahman Hussin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Teknologi Maklumat) Bukit Aman ACP Mat Kasim Bin Karim.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM