Artikel
Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
Kompleks Sukan Langkawi - 23 April 2007. Upacara Pembukaan Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan di Kompl...
Kompleks Sukan Langkawi - 23 April 2007. Upacara Pembukaan Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan di Kompleks Sukan Langkawi, Kedah.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YB Dr. Ir. Haji Nawawi Bin Haji Ahmad, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Darul Aman. Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Dato' Mohd Najib Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC I Dato' Robiah Abdul Ghani, YDH SAC I Dato' Mohammad Sabtu Osman, Timbalan Pengarah KDNKA (PGK), Pegawai-pegawai kanan, anggota serta masyarakat setempat.

Di upacara tersebut juga diadakan pertunjukan payung terjun, 'Gayung Perang' oleh Komando 69, pertunjukan pancaragam PDRM, pertunjukan paramotor dan juga gerai-gerai pameran dari Hal Ehwal Awam, C4i, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Rakan Cop, Muzium dan Jabatan Siasatan Jenayah. Kejohanan ini disertai 9 pasukan dengan seramai 78 orang penerjun.