Penutupan Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
Langkawi - 29 April 2007. Majlis Penutup Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan di Kompleks Sukan Langkawi, Kedah.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir di majlis penutup ialah YB Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi, YDH Dato' Mohd Amir bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato' Syed Ismail bin Syed Azizan, Ketua Polis Kedah, YDH Dato' Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis, Y. Bhg Encik Mansor bin Haji Ismail, Yang diPertua Majlis Perbandaran Langkawi merangkap Pegawai Daerah Langkawi, YDH SAC I Dato' Mohammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGK) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Payung Terjun Antarabangsa.
Hadir sama, Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan , Dif-dif jemputan dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.
Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku dan ucapan penutupan oleh YDH Ketua Polis Negara, pertunjukan payung terjun oleh wakil negera peserta yang membawa turun bendera negara masing-masing dan penyampaian hadiah. Akhir sekali di pertontonkan pertunjukan Tempur Medan (Counter Insurgency Warfare) oleh 69 Komando PGK dan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat.
Dalam acara Ketepatan (pasukan), tempat pertama ialah Oman 'A', kedua Jordan 'A' dan ketiga Oman 'B'. Bagi Ketepatan (individu), tempat pertama Oman 'B', kedua Oman 'B' dan ketiga Jordan 'A'. Acara Formasi Kanopi di ungguli oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimana lain-lain pasukan yang bertanding tidak memperolehi markah. Bagi acara Formasi Terjunan Bebas, tempat pertama ialah Oman, kedua PDRM 'B' dan ketiga AUSOM (gabungan pasukan Australia dan Oman)

Unggul...YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan pingat kepada pasukan Polis Diraja Malaysia, satu-satunya pasukan yang mendapat markah bagi kategori Formasi Kanopi.