Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seminar Next Generation C4i

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seminar ini mendedahkan peserta-peserta kepada penggunaan aplikasi dan teknologi terkini sistem Command & Control yang berkonsepkan 'Multimedia Command & Control Platform (MCCP)' bagi membantu memant..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-next-generation-c4i
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:26 MYT

Bukit Aman - 23 November 2011. Seiring dengan tugas penguatkuasaan undang-undang utama negara di dalam abad baru ini, PDRM tidak mahu ketinggalan dalam usaha penggunaan peralatan berteknologi terkini untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Majlis Seminar 'Next Generation C4i' Dalam Konteks Pencegahan Jenayah pada pagi ini adalah merupakan salah satu titik kesinambungan strategi integrasi teknologi perkomputeran, bagi pengembelingan unit pencegahan jenayah yang berkonsepkan perancangan dan plan tindakan kepolisan secara integrated.

Seminar ini telah dijayakan dengan kerjasama Jabatan Logistik, Jabatan KDN/KA dan Syarikat Masterplan Sdn. Bhd bersama Motorola Solutions.

Seminar ini mendedahkan peserta-peserta  kepada penggunaan aplikasi dan teknologi terkini sistem Command & Control yang berkonsepkan 'Multimedia Command & Control Platform (MCCP)' bagi membantu memantapkan lagi integriti Polis Diraja Malaysia dalam usaha memerangi jenayah secara lebih efisien.

Pengenalan sistem pengawasan polis yang bercirikan sistem jaringan maklumat bersepadu serta mesra pengguna ini akan membantu PDRM memberikan khidmat jaminan keselamatan yang jitu kepada masyarakat. Sistem C4i ini juga berasaskan model pusat kawalan bersepadu dan teknologi yang diperkenalkan akan membantu PDRM mengenalpasti pendekatan yang perlu untuk memperkemaskan serta mempertingkatkan lagi sistem C4i yang sedia ada.

Sistem C4i bermaksud ‘Command and Control, Communications and Computer Integration System’ atau sistem ‘perintah dan pengawalan, perhubungan dan integrasi sistem perkomputeran’. Pada tahun 2002 pihak PDRM telah melancarkan projek perintis C4i yang merangkumi kawasan Lembah Klang. Projek perintis ini memakan masa tujuh tahun, iaitu dari 2002 hingga 2009.

Antara perkara yang dilaksanakan dalam projek perintis ini adalah fungsi-fungsi teras yang wujud secara berasingan selama ini telah digabungkan melalui sistem C4i  yang tidak bersempadan. Empat juzuk yang disatukan bagi mendapatkan jaringan yang tidak bertepi adalah sistem AVLS, PERS-999, MDCS dan integrasi sistem Legasi Pangkalan Data.

AVLS (Automated Vehicle Location System) adalah merupakan sistem pemantauan keadaan dan pengurusan sumber kenderaan PDRM. PERS-999 (Police Emergency Response System)  adalah sistem talian kecemasan bagi panggilan 999 manakala MDCS (Mobile Data Communication System) adalah merupakan sistem mudah alih yang akan membolehkan pengendali untuk mengakses pangkalan data dan akhir sekali integrasi  sistem-Legasi Pangkalan Data.

Secara ringkas, Kawalan C4i ini meliputi kawasan Lembah Kelang, melibatkan jaringan antara Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor yang merangkumi 12 Ibu Pejabat Polis Daerah sekitar Lembah Kelang tersebut.

Hadir di Majlis Seminar 'Next Generation C4i' ialah YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Rosli bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah III (Teknologi Maklumat/Komunikasi) Jabatan Logistik, YDH SAC  Sahabudin bin Abd manan,  Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi) Jabatan Logistik, Y.Bhg Dato' Ahmad Faris bin Abdul halim, Ketua Pegawai Eksekutif, Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Y.Bhg En Rauf bin Mohd Nasir, Country Presiden Motorola Technology Sdn. Bhd serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Seminar Next Generation C4i
Kata-kata aluan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA

Antara yang hadir ... 
Seminar Next Generation C4i
Seminar Next Generation C4i
Seminar Next Generation C4i

Seminar Next Generation C4i
Demonstrasi Sistem 'Next Generation C4i for Public Safety'....

Seminar Next Generation C4i
Mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil Masterplan Consulting Sdn. Bhd.

Sesi Soal Jawab
Seminar Next Generation C4i
Seminar Next Generation C4i
Seminar Next Generation C4i



Wartawan  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Konst Muhamad Iqtar bin Azmi

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM