20 Kumpulan Rancakkan Pertandingan Nasyid PERKEP PDRM 2011
"..Melalui
pertandingan seperti ini juga, ia berupaya memupuk semangat kerja
berpasukan, malah juga akan menjana pemikiran secara strategik, kritis
dan kreatif dan ianya merupakan program Islamik yang menepati aspirasi
saya kerana sama ada disedari atau tidak, penghayatan liriknya akan
membentuk seseorang menjadi lebih penyabar dan tabah dalam menghadapi
cabaran wanita yang lebih kompleks terutamanya sebagai seorang pemimpin,
ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga di dunia yang serba kompetatif
ini.." - Y.Bhg Pengerusi PERKEP Malaysia
Cheras, 25 Nov -
Meskipun julung-julung kali diadakan, namun penglibatan 20 buah
kontinjen, briged dan formasi memberikan mesej sambutan yang amat
menggalakkan, juga atas faktor kecemerlangan dan kepimpinan PERKEP JSJN
menganjurkan program seumpama ini.
Berlangsung sejak 23
November lalu, Pertandingan Nasyid PERKEP Polis Diraja Malaysia (PDRM)
2011 yang diadakan di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur ini telah berjaya
mencungkil bakat-bakat yang ada pada setiap ahli-ahli PERKEP khususnya
kepada mereka yang aktif dan berkebolehan dalam bidang nasyid dan
sekaligus mewakili PDRM serta membawa imej PERKEP ke peringkat ke lebih
tinggi.
Dalam ucapan perasmian daripada Y.Bhg Puan Sri Hajah
Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia berkata,
pertandingan nasyid ini diharapkan dapat membuktikan kemampuan seluruh
ahli PERKEP dalam aspek kerjasama, kesepakatan dalam memastikan mesej
dakwah yang ingin disampaikan melalui lirik nasyid mampu memberikan
kesedaran, penghayatan dan impak yang mendalam kepada setiap warga
PERKEP.
"Para peserta nasyid telah mempamerkan kesungguhan
dan prestasi yang terbaik sebagai wakil kontinjen, briged dan formasi
masing-masing sekaligus membuktikan walaupun dalam kesibukan menjalankan
tugas seharian sebagai penjawat awam dan suri rumah tangga, puan-puan
masih mampu untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sosial yang
dijalankan oleh PERKEP, syabas kerana komitmen puan-puan yang akan
memacu kecemerlangan PERKEP di kontinjen, briged dan formasi walau di
mana anda berada," ujar Pengerusi PERKEP Malaysia itu.
Beliau
turut menambah, penganjuran pertandingan nasyid seperti ini akan dapat
menerapkan nilai-nilai Islamik seperti dakwah, merapatkan ukhuwah dan
hubungan silatulrahim di samping mencungkil bakat baru yang berpotensi
dan berkebolehan di kalangan warga PERKEP dalam penciptaan lagu,
penulisan lirik dan juga nyanyian berunsur ketuhanan.
Dalam
majlis penutupan hari ini, kumpulan Balqis dari kontinjen Bukit Aman
telah muncul johan dikuti kumpulan Ummu Aisyah dari Kontinjen Kelantan
di tempat kedua dan kumpulan Al-Hawani dari Kontinjen Briged Tengah di
tempat ketiga.
Kategori pakaian terbaik juga dimenangi oleh
Kontinjen Bukit Aman dan keputusan-keputusan tersebut menyaksikan johan
dan dan naib johan iaitu Kontinjen Bukit Aman dan Kontinjen Kelantan
akan bertanding di Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan bulan
hadapan kelak.
Majlis pada hari ini ini turut menyaksikan
persembahan daripada saudara Nazrey Johani, bekas anggota Raihan yang
merupakan kumpulan pelopor nasyid kontemporari di negara ini ini dan
juga persembahan menarik daripada Brothers.
Turut
hadir menyerikan majlis pada hari ini, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji
Omar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN,
YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), YDH
DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Luala Lumpur, YDH DCP Haji Tun
Hisan Bin Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM
dan tetamu-tetamu jemputan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu PERKEP



TENGAH...Y.Bhg
Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia
juga turut hadir menyaksikan Pertandingan Nasyid PERKEP bersama Y.Bhg
Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan
Pengerusi PERKEP Jabatan/Kontinjen/Briged/Maktab/PULAPOL

Barisan Juri...

Kumpulan Nur Fadhilah dari Kontinjen Kedah

Shoutun Najah dari Maktab PDRM Kuala Lumpur

Membawa 2 buah lagu, Kesabaran Wanita dan Ila Hi Ya Robbi, Kumpulan Nurul Hidayah dari PULAPOL Kuala Lumpur

Persembahan yang menarik dari Kontinjen Pulau Pinang...Mutiara Kasih

Membawa lagu Wanita Sejati dan Wahyu Pertama yang berentak moden...Ummu Solehah dari Negeri Sembilan

Nur Najah dari Kontinjen Perak...

Kumpulan Syuhada dari Kontinjen Melaka

Batalion 5 mewakili Briged Tengah PGA...Kumpulan Al-Hawani

Berentakkan tradisional dan moden...Kumpulan An-Nisa' dari Kontinjen Pahang

Dengan lagu berjudul Solehah dan Keimanan, berentak moden... Kumpulan Balqis dari Bukit Aman
Bergambar Kenangan bersama Pengerusi PERKEP Malaysia









Barisan Urus Setia yang menjayakan Pertandingan Nasyid PERKEP PDRM 2011

Tercungkilnya
bakat-bakat terpendam warga PERKEP dalam penciptaan lagu, penulisan
lirik dan juga nyanyian serta mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim
dalam keluarga besar PERKEP

Ucapan Penutupan Perasmian daripada Puan Sri Hajah Suriati bt Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Persembahan daripada saudara Nazrey Johani, bekas anggota Kumpulan Nasyid Raihan

Persembahan menarik daripada Kumpulan Brothers.

Rumusan
Pertandingan daripada Ketua Juri, Tuan Haji Kazalee Md Kamari (Zali
Kamari), Pengerusi Sekretariat Anugerah Industri Nasyid (AIN).

Pemenang Tempat Ketiga, Kumpulan Al-Hawani dari Briged Tengah PGA.

NAIB JOHAN...Kumpulan Ummu Aisyah dari Kontinjen Kelantan.


JOHAN...Kumpulan Balqis dari Kontinjen Bukit Aman.

Persembahan daripada Kumpulan Balqis menutupi tirai pertandingan.
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Shareel
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan