Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Perasmian yang disempurakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan ini telah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-serentak-ipk-selangor-dan-ipd-shah-alam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:35 MYT

Selangor, 23 November 2011 - "Yakinlah bahawa patik dan pacal-pacal warga PDRM akan sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan sebaik mungkin, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara terus berkekalan.." janji YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar semasa majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari ini.

Kompleks Ibu Pejabat Kontinjen Selangor ini telah mula dibina pada 25 September 2006 dan telah siap sepenuhnya pada 19 Julai 2009. Kawasan Kompleks Ibu Pejabat Kontinjen Selangor ini juga turut mengandungi bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pejabat pengangkutan IPK dan IPD, bengkel kenderaan IPK dan IPD, lokap berpusat, dewan utama, serta kemudahan - kemudahan seperti surau dan sebagainya bagi memudahkan anggota polis yang bertugas di sini.

Majlis Perasmian yang disempurakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan ini telah berlangsung di perkarangan Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Turut hadir di majlis ini ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah, Yang Amat Mulia Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Yang Amat Dihormati Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, YDH Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.


Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan PDRM.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan memeriksa baris Kawalan Kehormatan PDRM.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
Persembahan daripada Pancaragam PDRM.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
Ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan bertitah.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Menandatangani PLAK perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
Menyaksikan video Pelancaran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Perasmian Serentak Ipk Selangor Dan Ipd Shah Alam
YDH Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor menerangkan tentang susun atur bangunan-bangunan yang terdapat di dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.






Jurufoto   : L/Kpl Fansus, L/Kpl Aslam, Konst Raymond, Konst Santher.
Wartawan : Konst Raymond.

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM