Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembilan Lelaki Ditahan Ketika Berjudi

Diterbitkan: 04 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sembilan lelaki ditahan ketika sedang berjudi secara dalam talian menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah khemah di Taman Kluang Barat, di sini, awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-lelaki-ditahan-ketika-berjudi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:42 MYT

Kluang, 4 Okt - Sembilan lelaki ditahan ketika sedang berjudi secara dalam talian menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah khemah di Taman Kluang Barat, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kesemua mereka yang asyik berjudi itu ditahan pada kira-kira 1.30 pagi menerusi Ops Dadu/Mesin Perjudian selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan kegiatan terbabit, empat hari lepas.

"Khemah bertutup terbabit didirikan di belakang deretan premis perniagaan dan polis kini sedang mengenal pasti dalang yang terlibat dengan kegiatan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.

Mohamad berkata seorang daripada lelaki yang berumur antara 27 dan 35 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau dan pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya mendapati ia mengandungi pelbagai video lucah.

Beliau berkata kesemua sembilan telefon bimbit milik lelaki berkenaan dirampas selain dua komputer riba dan sebuah modem komputer yang digunakan untuk tujuan berjudi.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kesemua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementra itu, dalam kes berasingan, Mohamad berkata pihaknya turut menahan seorang wanita Thailand dan seorang wanita tempatan dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis pusat kecantikan wanita di Taman Intan, di sini, pada 10 malam tadi.

Beliau berkata serbuan hasil maklumat awam berkaitan kegiatan premis itu yang menjalankan aktiviti rumah urut dengan berselindung di sebalik perniagaan pusat kecantikan.

"Wanita rakyat Thailand berumur 30-an itu merupakan tukang urut manakala wanita tempatan berumur 40-an itu pula dipercayai majikan.

Pemeriksaan turut mendapati, premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan refleksologi atau spa yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1959/63. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM