Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Khas Kluang Polis Keluarkan 1 744 Saman Trafik

Diterbitkan: 03 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis mengeluarkan 1,744 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Khas Kluang sepanjang enam hari di seluruh daerah ini mulai 28 Sept lepas sehingga hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-khas-kluang-polis-keluarkan-1-744-saman-trafik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:59 MYT

Kluang, 3 Okt - Polis mengeluarkan 1,744 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Khas Kluang sepanjang enam hari di seluruh daerah
ini mulai 28 Sept lepas sehingga hari ini.

Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Bukit Aman Superintenden Bon Jeen Ahrom berkata daripada jumlah itu, 73 saman adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala bakinya pelbagai kesalahan lain.

"Kesemua saman yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan pemeriksaan terhadap 5,371 pengguna jalan raya menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan rambang," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Op Khas Kluang di Km7, Jalan
Kluang-Mersing, di sini hari ini.

Superintenden Boon Jeen berkata, operasi 24 jam sepanjang enam hari itu melibatkan 23 pegawai
dan 114 anggota merangkumi Cawangan Trafik Bukit Aman, Trafik Kontinjen Johor, Trafik Cawangan Kluang serta dibantu anggota sukarelawan polis.

Beliau berkata operasi turut memeriksa 5,314 kenderaan pelbagai jenis meliputi 1,739 motosikal; 2,572 kereta serta 1,003 kenderaan perdagangan dengan 22 motosikal kemudian disita atas pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, tujuan utama operasi khas tersebut adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, peraturan lalu lintas serta mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di seluruh daerah ini.

Katanya mengikut statistik, sebanyak 2,849 jumlah kemalangan jalan raya dicatatkan berlaku di daerah ini sejak Januari hingga Ogos tahun ini dengan
66 kes daripadanya adalah kemalangan maut yang melibatkan 75 kematian.

Tambah beliau operasi terbabit juga merupakan tindakan susulan daripada kemalangan maut jalan raya ke atas Pegawai Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ASP Margaret Tagum Goen yang terkorban akibat dilanggar penunggang
motosikal ketika menjalankan operasi cegah lumba haram di sini, 6 Sept lepas.

"Operasi seumpama ini akan dilakukan berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya sekali gus membanteras kegiatan lumba haram," katanya.

Beliau sehubungan itu turut menasihati seluruh pegawai dan anggota trafik supaya sentiasa memastikan keselamatan masing-masing ketika menjalankan tugas.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM