Artikel
Sting Rampas Ganja Seberat 469 Kilogram
Sejumlah 469 kilogram dadah jenis ganja berjaya dirampas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dalam satu operasi yang dilakukan di Kuala...
Kuala Lumpur, 4 Okt - Sejumlah 469 kilogram dadah jenis ganja berjaya dirampas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dalam satu operasi yang dilakukan di Kuala Selangor, Selangor hari ini.
Turut ditahan tiga individu bersama dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digunakan bagi membawa kesemua muatan dadah berkenaan.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.