Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seludup Dadah Dalam Sabun Mandi

Published: 13 Jun 2014 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menemui empat ketul sabun seberat 400 gram setiap satu. Tiga daripada sabun tersebut sebenarnya adalah heroinyang bernilai RM 160,000...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seludup-dadah-dalam-sabun-mandi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:12 MYT

Shah Alam, Selangor - 9 September 2009.  Taktik menyeludup dadah jenis heroin dalam bentuk sabun mandi terbongkar apabila seorang wanita Indonesia ditahan di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua JSJN Selangor, ACP Nordin bin Kadir, kejayaan itu hasil pemerhatian pihaknya di kawasan tuntutan bagasi lapangan terbang satelah suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Wanita berusia 31 tahun itu baru tiba dari Bangalore, India ditahan dan dibawa ke mesin pengimbas. Polis menemui empat ketul sabun seberat 400 gram setiap satu. Tiga daripada sabun tersebut sebenarnya adalah heroinyang bernilai RM 160,000. Sindiket ini dipercayai didalangi oleh sindiket antarabangsa memandangkan suspek telah memasuki negara ini sebanyak enam kali dari Indonesia dan India.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM