Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Senjatapi

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan lapan lelaki dan merampas sepucuk revolver jenis Smith & Wesson serta sepucuk pistol mainan dalam serbuan di sebuah bengkel di Batu 10.5, Hutan Melintang. Turut dirampas 15 butir peluru..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-senjatapi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:36 MYT

Teluk Intan, Perak - 9 September 2009. Polis menahan lapan lelaki dan merampas sepucuk revolver jenis Smith & Wesson serta sepucuk pistol mainan dalam serbuan di sebuah bengkel di Batu 10.5, Hutan Melintang. Turut dirampas 15 butir peluru iaitu 6 jenis 0.38 mm SME Special dan 3 jenis 0.38mm CBC Special manakala 6 lagi peluru ditemui di dalam pistol yang dirampas daripada seorang suspek.

Ketua Polis Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, bengkel itu diserbu sepasukan polis yang diketuai ASP Hazazi bin Othman selepas menerima maklumat berhubung sebuah lori yang baru dicuri di Sitiawan, dilihat memasuki bengkel berkenaan pada jam 8.15 malam.

Menyedari kehadiran polis, lelaki berusia 49 tahun, berasal dari tanjung Karang, Selangor, yang memandu lori  disyaki curi itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan. Apabila pihak polis memasuki pejabat bengkel, seorang daripada tiga lelaki berusia 34 tahun cuba melarikan diri sambil membuang sebuah beg galas. Pemeriksaan ke atas beg galas itu menemui  Revolver Smith & Wesson, 6 butir peluru, pemutar skru serbaguna, sepasang gari, besi cangkuk dan beg uncang berisi 9 butir peluru.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM