Polis Johor Tumpas Sindiket Proses Dan Mengedar Dadah
Johor
Bahru - 8 September 2009. Polis Johor menumpaskan sindiket memproses
dan mengedar dadah apabila berjaya menahan lima lelaki teramsuk seorang
rakyat Singapura dalam empat serbuan di sekitar bandaraya mulai Selasa
hingga Jumaat lepas.
YDH
DCP Dato' Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Ketua Polis Johor berkata, pihak
polis merampas pelbagai jenis dadah, wang tunai dan kenderaan yang
kesemuanya bernilai RM1 juta dalam serbuan di empat rumah di Jalan Kebun
Teh, pangsapuri Skudai Villa, Taman Universiti dan pangsapuri Kip Park.
Dadah
yang dirampas membabitkan 4.53 kg heroin, 6.51 kg serbuk dipercayai
ecstasy, 3,744 biji pil ecstasy dan 240 gram syabu.. Pihak Polis juga
turut menemui pelbagai peralatan memproses dan mencetak pil ecstasy.
wang tunai yang dirampas melibatkan RM53,950 , S$17,000 dan Rupiah 7.9
juta manakala kenderaan pula melibatkan dua buah kereta dan sebuah
motosikal.
Sindikiet
yang beroperasi sejak Oktober tahun lepas itu disyaki memasarkan dadah
mereka di sekitar bandaraya Johor, Batam dan Tanjung Balai, Indonesia
dan Singapura.