Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selepas 35 Tahun Berkhidmat Dato Ramli Hj Din Bersara Wajib Esok

Diterbitkan: 12 Jan 2022 1.23 PM Dikemas kini: 20 Sep 2026 5.47 AM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Selepas berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Ramli Hj. Din akan menjalani persaraan wajib mulai esok, 13 Januari 2022.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selepas-35-tahun-berkhidmat-dato-ramli-hj-din-bersara-wajib-esok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT
 
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Selepas berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Ramli Hj. Din akan menjalani persaraan wajib mulai esok, 13 Januari 2022.

Sempena persaraan beliau, Majlis Paluan Berundur Pengarah JPJKK telah diadakan di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini dengan dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan timbalannya, DIG Dato' Razarudin Husain bersama isteri masing-masing.

Dato' Ramli yang memulakan kerjaya sebagai Kadet ASP pada 5 April 1987, telah diberi kepercayaan dan amanah untuk mengandar pelbagai jawatan penting serta mencabar dalam Pasukan.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Setiausaha Polis Malaysia, Ketua Polis Melaka, Pesuruhjaya Polis bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Pengarah Pengurusan sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah JPJKK.

Lebih bermakna lagi, dalam majlis tadi, bekas Ketua Polis Negara ke-4, Tun Mohammed Hanif Omar turut hadir memberikan penghargaan kepada Dato' Ramli yang diraikan bersama ahli keluarga tercinta.

Terdahulu di sebelah pagi, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JPJKK dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JPJKK telah diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur.

Dato' Ramli menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Dr. Mustafa Khan Abdul Samat yang akan memangku jawatan Pengarah JPJKK.

Sejurus selesai, Pengerusi PERKEP JPJKK, Datin Fauziah Md Khalis juga telah menyerahkan jawatannya kepada pemangku beliau iaitu Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani.

Kedua-dua acara serah terima tugas itu disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM bersama isteri, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah JPJKK bersama isteri dan ahli-ahli PERKEP.

Bagi pihak seluruh warga PDRM, kami dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) mengucapkan selamat bersara kepada CP Dato' Ramli Hj. Din dan isteri, Datin Fauziah Md Khalis.

Semoga Dato' dan Datin sentiasa diberikan keafiatan dan dilimpah rahmat oleh Allah SWT.

Kredit Gambar: Bantuan Teknikal Risikan dan Operasi (D6C), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 11 people, people standing, suit and indoor

May be an image of 7 people, people standing and military uniform

May be an image of 2 people, people standing and military uniform

May be an image of 7 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and outdoors
\
May be an image of 6 people

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'PERKEP Perah Terima PENGERUSI ATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN PERKEP KESELAMATAN K YBHG. DATIN


ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2022 1.23 PMDikemas kini 20 Sep 2026 5.47 AM