Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Autisme Pdrm Terima Sumbangan Rm100 Ribu Daripada Yayasan Bank Rakyat Bagi Memantapkan Program Pendidikan Murid Autisme

Diterbitkan: 12 Jan 2022 10.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 – Bagi memantapkan lagi program pendidikan dan kemahiran awal kanak-kanak autisme dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Bank Rakyat hari ini, telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Autisme PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-autisme-pdrm-terima-sumbangan-rm100-ribu-daripada-yayasan-bank-rakyat-bagi-memantapkan-program-pendidikan-murid-autisme
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT
Pusat Autisme Pdrm Terima Sumbangan Rm100 Ribu Daripada Yayasan Bank Rakyat Bagi Memantapkan Program Pendidikan Murid Autisme
Laman Utama / Artikel / Pusat Autisme Pdrm Terima Sumbangan Rm100 Ribu Daripada Yayasan Bank Rakyat Bagi Memantapkan Program Pendidikan Murid Autisme
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pusat Autisme Pdrm Terima Sumbangan Rm100 Ribu Daripada Yayasan Bank Rakyat Bagi Memantapkan Program Pendidikan Murid Autisme

Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 – Bagi memantapkan lagi program pendidikan dan kemahiran awal kanak-kanak autisme dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDR...

Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 – Bagi memantapkan lagi program pendidikan dan kemahiran awal kanak-kanak autisme dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Bank Rakyat hari ini, telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Autisme PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Berucap dalam majlis tersebut, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdulah Sani, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan kerjasama strategik khususnya Yayasan Bank Rakyat atas kesudian berkerjasama dalam program ini.

“Sesungguhnya, sumbangan yang dihulurkan menerusi program ini amat besar ertinya dalam membantu kelancaran proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak autisme di pusat ini,” katanya.

Objektif bagi program ini adalah untuk memberi pendidikan intervensi awal yang berkesan kepada Anak Berkeperluan Khas (ABK) iaitu anak-anak autisme bagi meningkatkan potensi diri mereka dengan pendekatan pembelajaran, selain membimbing para ibu bapa untuk lebih mengenali sifat dan sikap serta keperluan anak-anak mereka.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Norian Mai, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, barisan pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim dan rakan-rakan media.

Kredit Gambar: Bantuan Teknikal Risikan dan Operasi (D6C), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people, people sitting, people standing and indoor


ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2022 10.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM