
Artikel
Opbanjir Psp Kl Bersama Ngo Wakaf 1 000 Naskah Al Quran Dan Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur bersama Yayasan Restu mengagihkan 1,000 naskah al-Quran kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Taman Se...
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur bersama Yayasan Restu mengagihkan 1,000 naskah al-Quran kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Taman Seri Muda dan Surau At-Taqwa, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Dalam pada itu, penduduk yang terjejas dengan banjir turut menerima bekalan makanan dan peralatan dapur yang disumbangkan oleh Merz Auto Garage (Puchong) Sdn. Bhd. dalam meringankan beban yang ditanggung mereka.
Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, CP Datuk Mastor Mohd Ariff bersama Timbalan Komander PSP, ACP Tuan Rosman Kasman.
Sumber: PSP Unit 4 Kuala Lumpur