Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
Sepang
- 18 Oktober 2010. Syabas dan tahniah kepada wira-wira negara dari
Polis Diraja Malaysia kerana mengharumkan nama Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia di Sukan Komanwel XIX New Delhi 2010.
Wira-wira
PDRM telah disambut dengan meriahnya pada pagi ini sejurus tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari New Delhi.
Ketibaan
wira-wira PDRM disambut oleh YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid,
Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA(PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB),
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pentadbiran), YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua
Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH ACP Mohd Anuar bin
Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentdbiran), YDH ACP Syed Mustafa
bin Raja Syed Nordin, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik
(Persenjataan), DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM
serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Seramai
sembilan atlet dari PDRM telah mewakili negara di dalam 3 acara yang
dipertandingkan iaitu, sukan menembak, sukan lawn bowls dan sukan lumba
basikal dan berjaya meraih 1 pingat emas dan gangsa dalam acara menembak
dan 1 gangsa dalam acara lawn bowls. Pingat emas dan gangsa dalam acara
menembak diraih daripada ASP Bibiana Ng Pei Chin dan gangsa dalam acara
lawn bowls (beregu lelaki) pula diraih oleh Konst/S Khairul Anuar bin
Abd Kadir.
Ternyata,
Lapang Sasar Dr Karni Singh membawa tuah kepada ASP Bibiana kerana
bidikan dalam acara 10m Air Pistol Perseorangan Wanita meraih pingat
emas dan pingat gangsa dalam acara 25m Pistol Individu Wanita.
ASP
Bibiana muncul juara dalam acara 10m Air Pistol dengan catatan 481.9
mata menewaskan penembak dari India, Heana Sidhu yang mengumpul 481.6
mata manakala peserta dari Australia, Dina Aspandiyarova memenangi
pingat gangsa dengan 478.8 mata. Dalam acara 25m Pistol Individu Wanita,
ASP Bibiana berjaya mengumpul 778.2 mata untuk pingat gangsa, dimana
penguasaan penembak India tidak dapat dinafikan apabila mereka meraih
pingat emas dan perak menerusi Anisa Sayyed dan Rahi Sarnobat.

Menunggu ketibaan wira-wira Polis Diraja Malaysia dari Sukan Komanwel New Delhi 2010 di KLIA.

Syabas
dan tahniah kepada ASP Bibiana Ng Pei Chin dari YDH DCP Dato' Salleh
bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA(PGA/Pengurusan
Sempadan/Kawalan LTAB)

Melihat pingat emas dan gangsa yang dimenangi oleh ASP Bibiana Ng Pei Chin dalam sukan menembak

YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) bersama ASP Bibiana Ng Pei Chin

ASP Bibiana Ng Pei Chin dan Konst/S Khairul Anuar bin Abd Kadir

Atlet-atlet PDRM yang mengharumkan negara di Sukan Komanwel New Delhi 2010

dari
kiri...YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran), ASP Bibiana Ng Pei Chin, YDH DCP Dato' Salleh
bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA(PGA/Pengurusan
Sempadan/Kawalan LTAB), YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail,
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH ACP Mohd Anuar bin
Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentdbiran) dan Konst/S Khairul
Anuar bin Abdul Kadir

Bergambar kenangan bersama wira-wira Polis Diraja Malaysia