Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Pelancaran Buku Panduan Menjawab Peperiksaan Undang-undang Pasukan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Majlis Pelancaran Kedai Buku Cawangan Latihan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-taklimat-protap-dan-pelancaran-koleksi-buku-panduan-menjawab-peperiksaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:57 MYT
Bukit Aman - 15 Oktober 2010. Satu Majlis Taklimat PROTAP dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan Undang-Undang Pasukan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene di Bangunan Cawangan Latihan Bukit Aman pada jam 10.00 pagi tadi.

Majlis taklimat ini dihadiri oleh semua wakil dari Cawangan Latihan setiap kontinjen. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh
Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK) ACP Mazlan bin Kesah, dan diteruskan dengan ucapan daripada YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene.

Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan buku panduan menjawab peperiksaan yang diharap akan membantu calon-calon peperiksaan Undang-Undang Pasukan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) memperolehi keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan calon-calon peperiksaan berbanding tahun-tahun yang lepas.

Kejayaan menerbitkan buku-buku panduan tersebut adalah hasil usaha ACP Mazlan bin Kesah, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK) dan juga Urusetia Jawatankuasa Cawangan Peperiksaan/PTK dengan kerjasama dan sokongan daripada para penggubal soalan. Setelah penyusunan dilakukan, Urusetia Cawangan Peperiksaan telah mendapat khidmat nasihat daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan seterusnya Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk menyempurnakan lagi penghasilan buku ini.

Sehingga petang semalam, sebanyak 3,000 naskah buku Undang-Undang Pasukan dan PTK telah dijual dan sebanyak 10,000 naskah tempahan telah diterima. Urusetia Jawatankuasa Peperiksaan/PTK telah mencetak sebanyak 82,000 naskah buku dan mensasarkan penjualan sebanyak 80,000 naskah dalam tempoh 3 bulan sehingga akhir tahun 2010.

YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene turut merasmikan
Kedai Buku Cawangan Latihan Bukit Aman.

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
Bacaan doa oleh PT UURP/UURT ASP Yaakob bin Abd Manap (kiri) dan juruacara majlis PT Peperiksaan Lain-lain Kaedah(MMT/Orang Asli) ASP Mukhtar bin Daud (kanan)..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
Ucapan alu-aluan oleh Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK) ACP Mazlan bin Kesah..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
Taklimat oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene kepada semua yang hadir..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
Juara bagi tempahan buku terbanyak disandang oleh kontinjen Kedah sebanyak 589 naskah..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene menerima cenderamata dari Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK) ACP Mazlan bin Kesah..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan) YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa menerima cenderamata dari Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK) ACP Mazlan bin Kesah..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene merasmikan kedai buku Cawangan Latihan dengan rasminya..

Majlis Taklimat Protap Dan Pelancaran Koleksi Buku Panduan Menjawab Peperiksaan
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene melawat ke dalam kedai buku Cawangan Latihan Bukit Aman sebelum dijemput ke jamuan yang disediakan oleh Cawangan Latihan..
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM