Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Syabas dan tahniah kepada wira-wira negara dari Polis Diraja Malaysia kerana mengharumkan nama Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Sukan Komanwel XIX New Delhi 2010. Lapang Sasar Dr Karni Singh memb..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-pulang-wira-negara-sukan-komanwel-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Sepang - 18 Oktober 2010. Syabas dan tahniah kepada wira-wira negara dari Polis Diraja Malaysia kerana mengharumkan nama Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Sukan Komanwel XIX New Delhi 2010.

Wira-wira PDRM telah disambut dengan meriahnya pada pagi ini sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari New Delhi.

Ketibaan wira-wira PDRM disambut oleh YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA(PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB), YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentdbiran), YDH ACP Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Seramai sembilan atlet dari PDRM telah mewakili negara di dalam 3 acara yang dipertandingkan iaitu, sukan menembak, sukan lawn bowls dan sukan lumba basikal dan berjaya meraih 1 pingat emas dan gangsa dalam acara menembak dan 1 gangsa dalam acara lawn bowls. Pingat emas dan gangsa dalam acara menembak diraih daripada ASP Bibiana Ng Pei Chin dan gangsa dalam acara lawn bowls (beregu lelaki) pula diraih oleh Konst/S Khairul Anuar bin Abd Kadir.

Ternyata, Lapang Sasar Dr Karni Singh membawa tuah kepada ASP Bibiana kerana bidikan dalam acara 10m Air Pistol Perseorangan Wanita meraih pingat emas dan pingat gangsa dalam acara 25m Pistol Individu Wanita.

ASP Bibiana muncul juara dalam acara 10m Air Pistol dengan catatan 481.9 mata menewaskan penembak dari India, Heana Sidhu yang mengumpul 481.6 mata manakala peserta dari Australia, Dina Aspandiyarova memenangi pingat gangsa dengan 478.8 mata. Dalam acara 25m Pistol Individu Wanita, ASP Bibiana berjaya mengumpul 778.2 mata untuk pingat gangsa, dimana penguasaan penembak India tidak dapat dinafikan apabila mereka meraih pingat emas dan perak menerusi Anisa Sayyed dan Rahi Sarnobat.

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
Menunggu ketibaan wira-wira Polis Diraja Malaysia dari Sukan Komanwel New Delhi 2010 di KLIA.

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
Syabas dan tahniah kepada ASP Bibiana Ng Pei Chin dari YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA(PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB)
 
Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
Melihat pingat emas dan gangsa yang dimenangi oleh ASP Bibiana Ng Pei Chin dalam sukan menembak

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) bersama ASP Bibiana Ng Pei Chin

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
ASP Bibiana Ng Pei Chin dan Konst/S Khairul Anuar bin Abd Kadir

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
Atlet-atlet PDRM yang mengharumkan negara di Sukan Komanwel New Delhi 2010

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
dari kiri...YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), ASP Bibiana Ng Pei Chin, YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA(PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB), YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentdbiran) dan Konst/S Khairul Anuar bin Abdul Kadir

Selamat Pulang Wira Negara Sukan Komanwel 2010
Bergambar kenangan bersama wira-wira Polis Diraja Malaysia

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM