Article
Selamat Kembali Ke Tanah Air Tan Sri Haji Ismail
'Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana telah memanjangkan usia saya di samping memudahkan segala urusan saya sepanjang masa di London dalam rangka Lawatan Ker...
Sepang, 2 Februari 2012
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang, pagi ini setelah selesai melakukan Lawatan Kerja ke London.
"Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana telah memanjangkan usia saya di samping memudahkan segala urusan saya sepanjang masa di London dalam rangka Lawatan Kerja di sana", ujar YDH Ketua Polis Negara.
"Dalam rangka lawatan itu, saya dibawa meninjau secara dekat senjata-senjata yang canggih dan terkini untuk kegunaan pasukan keselamatan di sebuah ruangan pameran yang tertutup itu", tambah beliau lagi.
Demikian kata YDH Ketua Polis Negara ketika menyampaikan ucapan ringkas di Bilik VIP KLIA, di samping melahirkan rasa syukurnya apabila dipermudahkan dalam setiap urusan dalam rangka lawatan kerja tersebut.
"Saya turut berkesempatan menemui beberapa orang pemimpin negara yang turut diundang menghadiri Pameran Kepolisan dan Keselamatan Tahun 2012 di sana selain dapat berbincang serta bertukar-tukar pandangan demi kebaikan hubungan dua hala pasukan keselamatan Malaysia-London", kata Ketua Polis Negara lagi.
Antara yang hadir menyambut kepulangan YDH Ketua Polis Negara ialah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Datuk Haji Tun Hisan bin Datuk Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), YDH DCP Dato' Hadi Ho Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH SAC Dato' Osman bin Mohd Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor dan Pegawai Kanan Polis.

YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Datuk Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor mengiringi YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, menuju ke Bilik VIP

Segak dan sihat... YDH Ketua Polis Negara, diiringi YDH Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor dan YDH DCP Dato' Hadi Ho Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Beramah mesra.... YDH Ketua Polis Negara beramah mesra bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis yang hadir menyambut kepulangannya dari London di KLIA, Sepang

Bacaan doa... bacaan doa dipimpin oleh Supt Haji Ghazali Haji Daud, Supt. Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Bersyukur.... YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan ringkas di Majlis Kesyukuran menyambut kepulangannya dari London di KLIA, Sepang

Ceria... YDH Ketua Polis Negara diiringi oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, keluar dari Bilik VIP KLIA

Bersemangat... YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, dikerumuni oleh para wartawan yang menunggu di KLIA untuk temubual
Wartawan/Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo