11 Pemandu Role Model Terima Anugerah Pdrm Ops Sikap Ke 25
Sungai Buloh - 2 Februari 2012
Berdasarkan kriteria pemeriksaan fizikal, temuramah serta semakan kesalahan trafik melayakkan enam pemandu bas dan lima lagi penunggang motosikal telah dipilih menerima anugerah pemandu berhemah pagi ini, sempena berlangsungnya Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Dan Prestasi Terbaik Antara Kontinjen PDRM Sempena Ops Sikap Ke-25 di Hentian Rehat Sungai Buloh (Restoran Jejantas), Arah Utara.
"Mereka yang terpilih merupakan Role Model yang boleh dijadikan contoh teladan oleh pengguna jalan raya yang lain", di antara harapan yang disuarakan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara yang hadir merasmikan majlis anugerah pemandu berhemah pagi tadi.
Secara ringkasnya, rumusan keseluruhan Ops Sikap pada kali ini menunjukkan penurunan dalam kadar kemalangan, kemalangan maut dan jumlah kematian. Kes-kes kemalangan telah menurun sebanyak 1.4 %, kemalangan maut turun 15.3 % manakala kadar kematian turun 15.6 % berbanding tempoh sama Ops Sikap Perayaan Tahun Baru Cina 2011.
| TAHUN | JUMLAH KEMALANGAN | JUMLAH KEMALANGAN MAUT | JUMLAH KEMATIAN | JUMLAH SAMAN |
| 2011 | 17, 228 | 183 | 199 | 186, 694 |
| 2012 | 17, 054 | 155 | 168 | 315, 949 |
| Perbezaan- 234- 28- 31+129255 |
" Semasa pelancaran Ops Sikap Ke-25 oleh YDH Ketua Polis Negara, pendekatan penekanan penguatkuasaan saman serta merta menyebabkan peningkatan yang ketara dalam jumlah saman yang dikeluarkan. Namun begitu, pada pendapat saya, pengumuman mengenai saman serta merta tersebut sebenarnya telah menyumbang secara langsung kepada penurunan dalam kadar keseluruhan kes-kes kemalangan jalan raya pada kali ini ", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
" Ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia dan semua ahli jawatankuasa kerja selaku kolaborator utama PDRM dalam menjayakan Ops Sikap Ke-25 yang telah dilancarkan pada 16 Januari dan berakhir pada 30 Januari 2012 yang lalu. Tidak lupa kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini ", YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian beliau.
Antara yang hadir pada majlis ini adalah Y.Bhg Dato' Haji Solah bin Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam, Y.Bhg Encik Gerald Leslie Leon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Encik Zakaria bin Shafie, Pengurus Besar Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Pegawai-pegawai dan Kakitangan PLUS Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Polis, serta Wakil-wakil Media dan pengunjung R & R Sungai Buloh.
Majlis berakhir dengan sidang media ringkas oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama wakil-wakil media tempatan.

Bacaan doa sebelum majlis bermula.

Ucapan aluan oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan penghargaan kepada pemandu bas berhemah.

Encik Mohamad Khairi bin Hashim, Pemandu Syarikat Bas Bulan Restu.

Encik Johnlehandra bin Mohamad Hajat, Pemandu Bas SKS

Encik Mohd. Shuhaimi bin Jaafar, Pemandu Bas Sani Ekspres.

Encik Mohd. Nasir bin Ali, Pemandu Bas Transnasional.

Encik Abd. Aziz bin Mohd. Sapiah, Pemandu Bas SP Bumi.

Encik Amran bin Yaacob, Pemandu Bas Syarikat Absomas SDN. BHD.
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan penghargaan kepada penunggang motosikal berhemah.

Encik Syahme Nizam bin AB. Rahman, Pegawai Pemasaran BSN.

Encik Mohd. Yusmanizam bin Yusof, Pembantu Tadbir Fail.

Encik Mohizan bin Abd Manan, Pos Malaysia

Encik Seh Chin Teik, Pegawai Pemasaran

Encik Kanatasay a/l Verasamy, Juruteknik TM.
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan Penghargaan kepada Prestasi Terbaik Antara Kontinjen PDRM Sempena Ops Sikap ke-25 iaitu..Kontinjen Pahang, Kedah dan Johor.




YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA, menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Bergambar kenangan bersama Tetamu Kehormat dan penerima Anugerah Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen Terbaik sempena Ops Sikap ke 25.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara semasa sidang media.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama penerima anugerah selepas majlis selesai.
Jurufoto : Konst Raymond Martin
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Norhafizah binti Mohd Yusak