Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sebanyak 19 Pati Ditahan Di Perairan Felda Sahabat

Published: 18 Jun 2014 6.41 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Sandakan, 19 Dis - Sebanyak 19 pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan ketika cuba memasuki negara ini di kawasan perairan Felda Sahabat, di Lahad Datu semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sebanyak-19-pati-ditahan-di-perairan-felda-sahabat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:07 MYT

Sandakan, 19 Dis - Sebanyak 19 pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan ketika cuba memasuki negara ini di kawasan perairan Felda Sahabat, di Lahad Datu semalam.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita dewasa serta lapan kanak-kanak yang ditahan ketika menaiki sebuah jongkong pada pukul 8.45 malam.

Katanya mereka ditahan menerusi pelaksanaan Ops Gasak melibatkan semua agensi keselamatan dan diselaraskan oleh Esscom sejak 1 Dis lepas.

Menurutnya siasatan lanjut mendapati, pendatang berkenaan dalam perjalanan menuju ke Sinakut di Zon Labian, di Felda Sahabat.

"Tangkapan ini dilakukan hasil maklumat orang ramai disusuli tindakan segera polis Marin menahan pendatang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Penyediaan Prosedur Standard Operasi Keselamatan Industri Pelancongan di Pantai Timur Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua pendatang itu dibawa ke Markas Pasukan Gerakan Am di Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Mohammad berkata Ops Gasak dilancarkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.41 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM