80 Pati Ditahan Di Dua Perkampungan Di Tawau
Tawau,
18 Dis - Seramai 80 Pendatang Tanpa Izin (PATI) termasuk tiga lelaki
disyaki positif dadah ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Vietnam
dan Kampung Sungai Buaya di sini, awal pagi semalam.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama
tiga jam bermula pukul 5.00 pagi, seramai 50 lelaki dan 30 wanita
berumur antara 15 hingga 56 tahun ditahan.
"Operasi itu disertai Jabatan Imigresen, sukarelawan polis, polis simpanan dan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB)," katanya.
Beliau
berkata dalam operasi itu, pihak SESB turut melakukan tindakan memotong
wayar elektrik rumah penduduk yang melakukan penyambungan secara haram.
Beliau turut
menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga harta benda masing-masing
dan mengelak menjadi mangsa kehilangan kenderaan yang kerap berlaku di
daerah ini.
Sumber : BERNAMA