Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm130 000

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
George Town, 19 Dis - Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket penjualan dadah di negeri ini dan merampas dadah bernilai RM130,000 di Tanjung Bungah di sini semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-rampas-dadah-bernilai-rm130-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:09 MYT

George Town, 19 Dis - Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket penjualan dadah di negeri ini dan merampas dadah bernilai RM130,000 di Tanjung Bungah di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt S. Batumalai berkata hasil risikan selama tiga bulan, polis menahan dua lelaki berumur 37 dan 45 tahun itu di rumah sewa mereka pada 10.30 malam semalam dan menemui 3.1kg ketamin dan 2,250 biji pil Eramin 5.

"Lelaki berusia 37 tahun itu tidak bekerja manakala rakannya bekerja sebagai buruh. Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic, sebuah motosikal dan barangan kemas bernilai RM110,000," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Dis ini.

Dalam kes berasingan, Batumalai berkata polis menahan seorang wanita bersama rakan lelakinya dan merampas 0.598kg dadah jenis ketamin dan 0.103kg dadah jenis syabu bernilai RM90,000 dalam serbuan di Air Itam, pukul 1.30 pagi semalam.

Beliau berkata wanita berumur 51 tahun yang bekerja di kedai kopi di sini dan rakan lelakinya seorang tukang kayu berumur 35 tahun, ditahan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah sewa di Air Itam.

"Polis turut merampas 1,100 biji pil Eramin serta 870 biji pil Ecstacy.

Kesemua barang rampasan berada bersama suspek ketika serbuan di rumah berkenaan. Mereka juga positif dadah jenis syabu.

"Berdasarkan kuantiti dadah yang dirampas, dadah berkenaan digunakan untuk dipasarkan di negeri ini, bukannya kegunaan sendiri," katanya.

Batumalai berkata wanita itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan dadah.

"Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Dis ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM