Sanggup Berkorban Untuk Rakyat Dan Tanah Air
Shah
Alam - 8 September 2011. Bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz
Shah, Shah Alam pada petang ini, Yayasan Pengaman Malaysia tetap membela
dan menyatakan sokongan kepada Polis Diraja Malaysia dalam
memperjuangkan kecemerlangan dan pengorbanan PDRM menentang pengganas
komunis.
Sidang
Media PENGAMAN telah dihadiri oleh Y.Bhg. Tan Sri Samshuri Arshad,
Pengerusi PENGAMAN ( mantan Timbalan Ketua Polis Negara), Y.Bhg Tan Sri
Norian Mai, Timbalan Pengerusi PENGAMAN (mantan Ketua Polis Negara),
Y.Bhg Tan Sri Jamil Johari, Pemegang Amanah PENGAMAN (mantan Timbalan
Ketua Polis Negara), Y.Bhg Datuk Seri Azman Ujang, Pemegang Amanah
PENGAMAN ( bekas Pengurus Besar BERNAMA) dan Y.Bhg Dato' Zulkifli Abdul
Rahman ( mantan Pengarah PDRM).
Yayasan Pengaman Malaysia atau PENGAMAN adalah sebuah NGO yang digerakkan oleh pesara-pesara Pegawai Kanan Polis
dengan kerjasama dari pelbagai pertubuhan kebajikan pesara polis serta pemimpin NGO dan CSO di Malaysia.
"Kami
mahu menegaskan bahawa Polis adalah orang yang sanggup mati dan sanggup
berkorban untuk mengawal keselamatan dan melindungi rakyat "
"Polis
dari sebelum merdeka hingga sekarang adalah satu Pasukan Bebas dan
Berkecuali. Di zaman British, kami bukan orang suruhan tapi orang yang
sanggup mati mempertahankan rakyat dan mengawal keselamatan rakyat",
tegas Y.Bhg Tan Sri Samshuri bin Arshad, Pengerusi Yayasan Pengaman
Malaysia (mantan Timbalan Ketua Polis Negara) semasa Sidang Media.
"Kami
serah kepada orang ramai untuk mengkaji dan menilai pengorbanan polis
sepanjang tempoh berjuang menentang pengganas komunis dari tahun
1948 hingga komunis menyerahkan senjata pada tahun 1989, yang telah
mengorbankan seramai 1,444 orang dan mencederakan seramai 1,883 orang
anggota polis" tambah beliau lagi.
Di
Sidang Media ini juga, Y.Bhg Dato' Seri J.J Raj juga telah mengkisahkan
semula peristiwa serangan pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit
Kepong pada 23 Februari 1950. Peristiwa tersebut masih segar dalam
ingatan beliau kerana pada masa serangan tersebut, Dato' Seri J.J Raj
merupakan Ketua Polis Daerah Pagoh.
Y.Bhg
Dato' Zulkifli turut berkongsi pengalaman beliau menanggani cabaran
pengganas komunis. Beliau turut merujuk fakta di dalam buku 'The Story
of A Psy-Warrior, Tan Sri Dr. C.C. Too' yang di tulis oleh mendiang Lim
Cheng Leng.
Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong (pautan)
Sidang Media Yayasan Pengaman Malaysia di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Y.Bhg
Dato' Seri J.J Raj mengkisahkan semula peristiwa serangan pengganas
komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 kepada
rakan media...
dari
kanan...Y.Bhg. Tan Sri Samshuri Arshad, Pengerusi PENGAMAN ( mantan
Timbalan Ketua Polis Negara) dan Y.Bhg Tan Sri Norian Mai, Timbalan
Pengerusi PENGAMAN (mantan Ketua Polis Negara) terharu mendengar cerita
peristiwa Bukit Kepong.
Y.Bhg Dato' Zulkifli Abdul Rahman ( mantan Pengarah PDRM)...
dari kanan...Y.Bhg Tan Sri Norian Mai, Y.Bhg Tan Sri Jamil Johari dan Y.Bhg Datuk Seri Azman Ujang
'Orang Kuat' Yayasan Pengaman Malaysia...
Y.Bhg Dato' Zulkifli Abdul Rahman bersama rakan-rakan media...
Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : ASP Foo Chek Seng