Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sikap Pengguna Jalanraya Penyumbang Terbesar Kemalangan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Sikap pengguna jalanraya merupakan punca dan penyebab utama kemalangan dalam Ops Sikap Ke-24 ini,' ujar YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dalam satu sidang media setelah sepanjang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sikap-pengguna-jalanraya-penyumbang-terbesar-kemalangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:34 MYT

Bukit Aman - 8 September 2011

"Sikap pengguna jalanraya merupakan punca dan penyebab utama peningkatan statistik kemalangan dalam Ops Sikap Ke-24 ini," ujar YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dalam satu sidang media setelah sepanjang  15 hari Ops Sikap Ke-24, sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri, bermula 23 Ogos hingga 6 September 2011 yang lalu.

Rumusan yang telah dikeluarkan oleh Cawangan Trafik Bukit Aman mencatatkan sebanyak 259 kes kemalangan maut manakala 289 kes kematian. Berbanding dengan Ops Sikap ke-22, kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 41 kes (18.8%) dan kematian juga telah meningkat sebanyak 41 kes (16.5%). Secara keseluruhan jumlah yang tercatat adalah 19,462 iaitu meningkat sebanyak 2,645 kes (15.7%).

Statistik Ops Sikap Ke-24 bagi negeri Johor, Selangor, Pahang, Perak dan Kelantan mencatatkan jumlah kematian sebanyak 172 (59.5%) kes daripada keseluruhan 289 kes kematian sepanjang tempoh 15 hari ops ini dijalankan.

Daripada jumlah keseluruhan bagi kes kematian, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pencatat jumlah yang tinggi iaitu 178 kes daripada 289 kes di dalam Ops Sikap tahun ini. Berbanding dengan Ops Sikap Ke-22, jumlah kematian yang dicatatkan adalah 143 kes dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 35 kes (24.5%).

Di samping itu juga, kemalangan yang berpunca daripada terbabas sendiri turut menjadi penyebab utama punca kemalangan maut iaitu sebanyak 78 kes berbanding dengan Ops Sikap Ke-22 iaitu 75 kes.

Jalan Persekutuan merupakan jalan yang paling banyak mencatatkan kemalangan maut bagi pengguna jalanraya penunggang dan pembonceng motosikal diikuti pemandu dan penumpang motokar. Ini diikuti oleh Jalan Negeri, pencatat kedua tertinggi bagi kemalangan maut.

Pihak PDRM juga mencadang beberapa perkara yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan iaitu penekanan pendidikan keselamatan jalanraya, kursus-kursus ulangkaji, melaksanakan Sistem KEJARA sepenuhnya, penggunaan teknologi mengesan pesalah lalulintas tegar dan penjenamaan semula 'Ops Sikap'.

Sikap Pengguna Jalanraya Penyumbang Terbesar Kemalangan
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan hasil dan rumusan Ops Sikap Ke-24 kepada wartawan-wartawan yang hadir pada sidang media tersebut. 

Wartawan : L/Kpl Shareel
Jurufoto : Kons. Santher
Penyunting : L/Kpl Edwin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM