Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Samun Belasah Abang Kandung Adik Kembar Dikesan Polis

Published: 17 Jun 2014 5.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Mangsa yang memberhentikan kenderaannya kemudian diseret keluar beberapa meter dari lokasi kejadian dan dibelasah menggunakan objek keras,' katanya kepada pemberita di sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-belasah-abang-kandung-adik-kembar-dikesan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:48 MYT

Balik Pulau, 19 Jun - Seorang lelaki kerugian hampir RM10,000 selepas disamun dan dibelasah adik kembarnya sendiri di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata pada kejadian pukul 3 pagi itu, mangsa Abdul Jabar Mohd Ali, 37, dalam perjalanan mengambil isterinya pulang bekerja di hotel berdekatan sebelum kereta yang dinaiki mereka dihadang adik lelakinya bersama tiga lagi rakannya.

"Mangsa yang memberhentikan kenderaannya kemudian diseret keluar beberapa meter dari lokasi kejadian dan dibelasah menggunakan objek keras," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hatta berkata mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Balik Pulau berikutan kecederaan di kepala dan muka, bagaimanapun keadaannya dilapor stabil.

Katanya mangsa kehilangan wang tunai berjumlah RM5,000 yang baru dikeluarkan dari bank, telefon bimbit, komputer riba dan beberapa barang berharga yang lain.

Beliau berkata polis sedang mengesan lelaki terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta membuat laporan di balai polis berdekatan," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM