Samun Belasah Abang Kandung Adik Kembar Dikesan Polis
Balik
Pulau, 19 Jun - Seorang lelaki kerugian hampir RM10,000 selepas disamun
dan dibelasah adik kembarnya sendiri di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas
di sini hari ini.
Ketua
Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata pada kejadian pukul 3
pagi itu, mangsa Abdul Jabar Mohd Ali, 37, dalam perjalanan mengambil
isterinya pulang bekerja di hotel berdekatan sebelum kereta yang dinaiki mereka dihadang adik lelakinya bersama tiga lagi rakannya.
"Mangsa
yang memberhentikan kenderaannya kemudian diseret keluar beberapa meter
dari lokasi kejadian dan dibelasah menggunakan objek keras," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Hatta
berkata mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Balik Pulau
berikutan kecederaan di kepala dan muka, bagaimanapun keadaannya dilapor
stabil.
Katanya
mangsa kehilangan wang tunai berjumlah RM5,000 yang baru dikeluarkan
dari bank, telefon bimbit, komputer riba dan beberapa barang berharga
yang lain.
Beliau
berkata polis sedang mengesan lelaki terbabit dan kes itu disiasat
mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta membuat laporan di balai polis berdekatan," katanya.
Sumber : BERNAMA