Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Raya Ipd Brickfields

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Hadir di majlis tersebut, YDH DCP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Y.Bhg. Datin Sharifah Aini binti Syed Bab..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-raya-ipd-brickfields
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:22 MYT

Brickfields, Kuala Lumpur - 3 November 2007. Majlis Sambutan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah di adakan dengan meriahnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Hadir di majlis tersebut, YDH DCP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Y.Bhg. Datin Sharifah Aini binti Syed Bab, YDH P/ACP Sulaiman bin Junaidi, Ketua Polis Daerah Brickfields, YDH P/Supt. Azri bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai Kanan IPK Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan IPD Brickfields, warga Polis IPD Brickfields dan keluarga serta masyarakat setempat dari berbilang kaum.

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh pegawai-pegawai IPD Brickfields, persembahan tarian dari Selendang Kebudayaan I.O, dikir barat dengan diiringi oleh band The Bricks IPD Brickfields serta jamuan gerai-gerai dari setiap jabatan yang penuh dengan menu yang enak seperti laksa, satay, rojak, martabak, rendang, lemang, kuih muih, buah buahan dan beraneka jenis minuman.

Majlis Sambutan Hari Raya IPD Brickfields ini diharap menjadi satu pertemuan yang sangat berharga di dalam memupuk semangat kemesraan bagi mengeratkan lagi silaturrahim serta menanam semangat muhibbah dalam suasana yang harmonis di semua peringkat, tanpa mengira darjat, bangsa, agama dan keturunan.

Sambutan Hari Raya Ipd Brickfields
dari kiri...YDH ACP Sulaiman bin Junaidi, Ketua Polis Daerah Brickfields dan YDH DCP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, Ketua Polis Kuala Lumpur bersama jemputan di Majlis Sambutan Hari Raya IPD Brickfields

Sambutan Hari Raya Ipd Brickfields
YDH ACP Sulaiman bin Junaidi, Ketua Polis Daerah Brickfields dan isteri menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM