Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ramah Mesra Pelatih Inspektor Skuad 1 84

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kuala Lumpur - 3 November 2007 - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2007, Ramah Mesra PI (T) Skuad 1/84, telah di adakan di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ramah-mesra-pelatih-inspektor-skuad-1-84
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT

Kuala Lumpur - 3 November 2007 - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2007, Ramah Mesra PI (T) Skuad 1/84, telah di adakan di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.

"Pertemuan kita malam ini amat bermakna. Selain Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis, kita juga menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir walau pun sibuk dengan tugasan masing-masing",

"Kita sebagai sebuah keluarga kecil dalam PDRM adalah diharapkan pertemuan sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan dan ahli jawatankuasa penganjur akan dilantik".

Demikian kata Supt. Raja Shahrom Raja Abdullah, Tim, KJSJ Johor selaku Pengerusi Penganjur Ramah Mesra PI (T) Skuad 1/84 itu.

Skuad 1/84 Pelatih Inspektor Polis itu menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak Kuala Lumpur mulai 4 November 1984 sehingga 4 Mei 1985.

Pada majlis itu dihadiri seramai 50 orang pegawai polis samada yang masih berkhidmat atau telah meninggalkan perkhidmatan polis hadir menyerikan majlis.

Ramah Mesra Pelatih Inspektor Skuad 1 84
Gambar kenangan Skuad 1/84 di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM