Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rokok Bernilai Rm147 Ribu Dirampas Polis Marin

Published: 06 Aug 2015 2.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 2,100 bungkusan rokok berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dalam satu serbuan di Persimpangan Jalan Kuala Sungai Udang, dekat sini, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rokok-bernilai-rm147-ribu-dirampas-polis-marin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:45 MYT

Nibong Tebal, 3 Ogos - Sebanyak 2,100 bungkusan rokok berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dalam satu serbuan di Persimpangan Jalan Kuala Sungai Udang, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, pasukannya terserempak dengan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan operasi sekitar Bagan Tiang dan Sungai Udang.

"Pemandu bersama kelindan sempat melarikan diri ketika kenderaan yang dinaiki mereka ditahan polis.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 30 guni plastik berisi rokok yang tidak bercukai dimuatkan dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Barang rampasan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai RM217,000 dibawa ke Martek PPM Kuala Kurau untuk tindakan di bawah Akta Kastam 1967.
Rokok Bernilai Rm147 Ribu Dirampas Polis Marin

ArticlePublished 06 Aug 2015 2.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM