Artikel
Gudang Diubahsuai Jadi Pub Diserbu 96 Orang Ditahan
Polis membongkar sebuah gudang di Jalan Kuchai Lama yang diubahsuai menjadi pub serta dipercayai menyediakan GRO warga asing bagi menarik lelaki berkunjung ke...
Polis membongkar sebuah gudang di Jalan Kuchai Lama yang diubahsuai menjadi pub serta dipercayai menyediakan GRO warga asing bagi menarik lelaki berkunjung ke premis itu, awal pagi semalam.
Hasil siasatan lanjut mendapati premis beroperasi sejak dua bulan lalu dan dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan 95 wanita warga Thailand serta seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus di premis berkenaan.
Sumber: Sinar Harian.