Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Enam Rakyat Asing Termasuk Gro Ditahan Dalam Op Bersepadu Di Spt

Diterbitkan: 06 Aug 2015 2.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga pelayan pelanggan (GRO) adalah antara yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Bukit Mertajam di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-rakyat-asing-termasuk-gro-ditahan-dalam-op-bersepadu-di-spt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:47 MYT

Bukit Mertajam, 2 Ogos - Tiga pelayan pelanggan (GRO) adalah antara yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata tiga GRO yang ditahan itu terdiri daripada rakyat Filipina, Vietnam dan Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an yang didapati menyalah guna pas lawatan sosial mereka.

"Dalam pemeriksaan di pusat hiburan itu, polis turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang merupakan penjaga pusat hiburan itu," katanya di sini hari ini.

Rusli berkata turut ditahan dalam operasi dari pukul 10 malam hingga 2 pagi itu ialah tiga lelaki Myanmar berusia 30 hingga 40 tahun kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam pemeriksaan di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 2.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM