Artikel
Rogol Kanak Kanak 25 Tahun Penjara 15 Sebatan
Hakim Mahkamah Seksyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan terhadap M Suresh, 27 selepas dia mengaku bersalah merogol kanak-kanak berusia...
Hakim
Mahkamah Seksyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 15
sebatan terhadap M Suresh, 27 selepas dia mengaku bersalah merogol
kanak-kanak berusia lapan tahun dalam tandas ketika mangsa menghadiri
majlis perkahwinan di sebuah dewan sekolah di Sekinchan, 4 Jun lalu.
Ketika kejadian, tertuduh mengunci pintu tandas dari dalam dan merogol mangsa sebelum melarikan diri. Dengan bantuan orang ramai, tertuduh berjaya ditangkap ketika sedang bersembunyi di dalam longkang dalam keadaan bogel. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Sumber : Akhbar The Star, Kwong Wah Yit Poh